Demam Nur 2 kali ini memang semakin membuak-buak kemarahan kepada Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani. Memuat naik babak dia cuba mengayat Suraya lakonan Eyra Hazali, kata Azhan, mengapa asyik sibuk bertanya mengenai bola sepak dan penjaga gol di sekolah tahfiz?
“Ini #darulmohsin suraya.. saya ni pengetua sekolah tahfiz.
“Yang awak ni dari tadi sibuk tanya pasal bolasepak ni dah kenapa? pasal keeper pula tu?
“Sejak bila ada subjek gol keeper kat sekolah tahfiz ni? siapa yang ajar?? ustaz yassin??? cakap suraya ? cakap sebelum saya bagi kad kuning kat awak!” tulisnya.
Tidak mahu ketinggalan bermain dialog dengan ‘ustaz Hamadi’, Eyra Hazali dilihat turut membalas mengatakan ayah haji adalah pengajar bola baling mereka.
“Ayah haji,ustaz ? dulu ayah haji coach bola baling kami,” kata tunang kepada penjaga gol pasukan bola sepak bawah 22 tahun, Muhammad Haziq Nadzli.
Netizen turut mengambil peluang menghentam pelakon berbakat ini kerana tidak mampu lagi melayan karenahnya dalam Nur 2. Ramai yang mengharap Ustaz Hamadi ditumbuk oleh ayah haji lakonan Datuk Jalaluddin Hassan.
Foto – Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI