Pelakon dan pengacara, Norman Hakim mendedahkan ada menerima kiriman Whatsapp daripada isterinya yang berkongsi tentang sebuah artikel terbitan akhbar tempatan mengenai isu poligami.
Menurut laporan akhbar berkenaan, para suami dibenarkan untuk berpoligami meskipun tidak mendapat keizinan daripada pihak isteri.
Terhibur dengan perkongsian tersebut, Norman memberi tahu, buat masa sekarang biarlah dia hanya berpoligami di dalam drama lakonannya sahaja dan bukanlah di alam nyata.
“Dear wifey, abang tau sayang adalah peminat No.1 #Jay dalam #DramaTheMaid , tapi abang mohon sayang dapat bezakan antara life dalam lakonan dengan life di alam realiti ye sayang. Cukuplah sekadar abang ber’poligami’ dalam lakonan semata-mata
“Wifey screenshot dan sent kat saya via whatsapp pagi ni. Lain macam statement terkini tentang poligami ni sekarang. Yang buat kenyataan tu pulak, kawan-kawan jugak huhu.
“Saya dengan wife ada few times sembang-sembang jugak bab-bab poligami ni sekadar suka-suka. Wifey layankan aje,” tulisnya di Instagram.
Pelakon drama The Maid ini turut menjelaskan poligami ini merupakan soal subjektif dan turut merangkumi pelbagai aspek.
“Wife tau golongan ibu tunggal adalah antara priority didalam platform perjuangan saya selain dari anak-anak Huffaz. Ada jugak saya mentioned ‘nama2’ pada wifey. Surprisingly wifey cakap “2 OK,1 KIV” jeng..jenggg!!!Siapakah?
“Hahhaha yang penting jangan ambik serius sangat. Kahwin ramai ni sangat subjektif. Paling utama adalah soal masa, tanggungjawab, adil & saksama. Dalam taddabur Al-Quran sendiri banyak kali disebut.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Memey Suhaiza ini turut memaklumkan dia masih lagi belum terfikir untuk berpoligami dan sekiranya perkara tersebut berlaku, dia telah pun menetapkan beberapa syarat.
“Untuk diri saya, saya sendiri dah buat pengakuan jujur dengan wifey buat masa sekarang saya bukan dalam golongan insan yang terpilih. Kalau adapun, saya dah bagi tahu syarat-syaratnya. Yang pertama dan paling penting, dengan izin wifey. Yang kedua,tinggal sebumbung. Thats it.
“Tapi dari hati saya yang ikhlas, saya bukan dari golongan insan yang terpilih untuk berpoligami. Tu je nak bagitahu. For now, kalau nak sangat tengok saya berpoligami, boleh layan #DramaTheMaid k! Ada 9 episod lagi nak kena tempoh, kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Norman turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-45 semalam.
“Last but not least, terima kasih banyak-banyak untuk semua ucapan dan doa sempena hari lahir saya semalam. Allah sahaja yang mampu balas segala ingatan dan doa yang baik-baik. Terima kasih sekali lagi. Saya sangat menghargainya,” akhirnya.
Sumber: Instagram Norman Hakim