Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat ada memberikan pendapatnya mengenai isu melamar secara terang-terangan yang dilakukan oleh pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) baru-baru ini.

Menurut PU Rahmat, dia menyifatkan kaedah merisik jauh lebih baik kerana secara tidak langsung cara tersebut dapat memberikan pihak wanita lebih ruang dan waktu sebulum membuat apa-apa keputusan.

Sifatkan Merisik Jauh Lebih Baik, Ini Pandangan PU Rahmat Trend Melamar Secara Terang-Terangan Sifatkan Merisik Jauh Lebih Baik, Ini Pandangan PU Rahmat Trend Melamar Secara Terang-Terangan

“Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga amin. Hanya sedikit nasihat saya yang memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahupun atas pentas?

“1) Agar tiada tekanan kepada wanita, islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki.

“Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran.

Ads

“Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.

“Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook PU Rahmat.

Dalam pada itu, PU Rahmat turut menasihati orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan budaya barat yang ternyata mempunyai banyak kekurangan.

Ads

“2) Menjaga Air muka lelaki, Lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga

“3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga.

“Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan ” aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, PU Rahmat turut menitipkan doa semoga Kamal dan Uqasha akan kekal bahagia hingga ke jannah dan turut dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

“Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

“Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dgn syariat , InsyaAllah berkat.

“Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengecam . Saya menerangkan bukan menyerang,” akhirinya.

Sumber: Facebook PU Rahmat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI