Berita

Sikap Mudah Bergaul & Peramah Jadi Asbab Rezeki Datin Alyah – “Saya Bermula Dari Bawah, Sangat Hargai Orang Yang…”

Share

Sikap penyanyi Datin Alyah yang disifatkan sebagai seorang yang mudah bergaul dan ramah dengan peminat menjadi salah satu punca rezeki buat isteri maestro muzik, Datuk Ramli MS itu.

Ini kerana, atas kerendahan hatinya itulah menyebabkan pengasas produk kosmetik Twomee, Datuk Suraya Semaru tidak ragu-ragu untuk memilih pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu sebagai wajah wakilannya.

“Perkenalan kami bermula dengan undangan memanggil Alyah untuk menyanyi di sebuah acara. Tidak dinafikan, saya kagum melihat sikapnya yang tak menang tangan dalam melayan tetamu yang hadir. Dia buat peminat dan ramah seperti kawan sendiri.

“Sejak itu, saya senang dengan personaliti yang ditonjolkan Alyah dan mengapa tidak untuk menjadi dia sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan ini.

“Bagi saya personaliti baik seseorang selebriti itu penting. Harapnya kerjasama ini akan berjalan dengan baik dan saya optimis Alyah mampu membawa jenama ini dengan lebih meluas,” kata Suraya.

Sementara itu, Alyah nyata terharu dan bersyukur dan tidak pernah menyangka sikapnya itu menarik minat usahawanita berkenaan memberi rezeki kepadanya.

“Saya bermula dari bawah, jadi saya sangat menghargai orang di sekeliling saya, terutamanya peminat. Apabila pengasas Twomee mendedahkan sifat terbabit menjadi salah satu sebab dia melantik saya menjadi duta, semestinya rasa bersyukur.

“Bagaimanapun, saya perlulah mencuba terlebih dahulu jenama ini dan alhamdulillah hasilnya baik. Apa yang saya gemar adalah produk ini melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum ia dipasarkan.

“Selepas menggunakan ‘Makeup Based 3 Dalam 1’ misalnya, ia serasi dengan saya dan memang berkesan, jadi saya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran mereka. Ia cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit,” katanya lagi.

Suraya dan Alyah ditemui di majlis pelancaran jenama Twomee di Hotel Royal Chulan, Damamnsara pada Sabtu.

Selain Suraya dan Alyah, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Mastura Mahmud selaku Ketua Pengarah Operasi Twomee selain rakan-rakan selebriti lain seperti Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani Maiyuni, Yasmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

Acara turut diserikan dengan persembahan penyanyi Haziq Rosebi.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH