Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta melayangkan dedikasi ucapan buat suami, pelakon Zain Saidin bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
Merakam memori indah berdua dengan mengenakan persalinan bak raja sehari, Che Ta antara lain menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang tidak mengongkong.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak penah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar, kekallah bahtera yang kita bina.
“Kalau tak sabar, tu yang porak peranda. Alhamdulliah sembilan tahun ni Allah hantar yang baik-baik saja.
“Zain Saidin tak pernah suruh kami kemas rumah ke, tak pernah paksa masak ke, jauh sekali nak control
Che Ta pada masa sama turut akui suami sering mengingatkannya tentang mendirikan tiang agama selain berpesan agar para wanita tidak berputus asa dalam urusan jodoh.
“Satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, ‘sayang dah solat?’ Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.
“Ingat lepas kahwin, nak pakai skrit atas paha je. Ye lah kita fefeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus slowly tutup aurat.
Ads
“Alhamdulliah, ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita, tak kaya. Tapi kami bahagia.
“Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumahtangga ‘berderai’, jangan you alls. Mungkinjodoh akan munchul. Tengah on the way.
“InsyaAllah Allah tengah pilih yang baik-baik untuk you alls. Doa yang baik-baik akan dapat yang baik, insyaAllah,” luahnya lagi.
Ads
Che Ta juga menjelaskan busana perkahwinan yang digayakan itu bernilai RM80,000 hasilan Ivan Young.
Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Di dalam perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Sudah ditakdirkan, kedua-dua bekas isteri Rizal Ashram Ramli, Fasha Sandha dan Nora Danish bernikah buat kali kedua pada tarikh yang sama, 30 Mac.
Nora Danish menerusi ruang komen di laman Instagram Jejai dilihat mendoakan agar bekas suaminya turut dinikahkan pada tarikh yang sama pada tahun depan.
“Mari kita ramai ramai berdoa, agar Jejai berkahwin pula, mungkin tarikh yang sama tahun depan.”
Menggambarkan hubungan baik yang terjalin, netizen kagum dengan bekas pasangan ini.
Malah ada yang menyarankan agar Nora dan Fasha menyambut hari ulangtahun perkahwinan bersama tahun depan.
Bagaimanapun,komen ibu kepada dua cahaya mata ini dipandang berbeza pula oleh netizen.Semuanya gara-gara tarikh kahwin yang dikatakan sama itu.
Alahai netizen, apa kata kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
Foto – Instagram Rizal Ashram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit terkenal, Fadzil Teh senada dengan kenyataan penerbit Datuk A.Aida yang mementingkan rupa paras berbanding bakat dalam memilih pelakon untuk membintangi naskhah terbitan rumah produksi milik mereka.
Menurut Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, ia merupakan satu fitrah yang mana manusia secara hakikinya suka melihat sesuatu yang cantik dan indah.
“Kalau saya pun nak ambil yang cantik, yang hensem.
“Saya tak kata saya setuju dengan A.Aida tapi apa yang dia kata tu… satu dunia kot suka tengok orang yang cantik sahaja.
“Macam lakonan tu kalau dia ada sedikit asas ia boleh digilap tapi muka tak boleh digilap,” katanya secara berseloroh kepada MH.
Haji Zeel ditemui pada majlis pratonton episod 1 drama terbaharu terbitan Zeel Production, Jesnita yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Drama 40 episod yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta itu dibintangi Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Malik Mccrone, Fikry Ibrahim dan Lydiawati.
Menurut Haji Zeel lagi, ‘proposal’ untuk meletakkan pelakon kurang mempunyai pakej daripada segi rupa mungkin boleh dilakukan oleh pihak penerbit, namun akhirnya keputusan akhir tetap tertakluk kepada stesen televisyen yang akan memilih barisan pelakon yang dikehendaki mereka.
“Proposal itu mungkin kita (penerbit) boleh hantar tetapi akhirnya pihak stesen tv juga yang akan pilih (barisan pelakon).
“Lagi satu, saya pun tak pernah dapat skrip daripada team penulis skrip yang mana menggambarkan pelakon utama itu yang tidak elok (kacak, cantik),” katanya lagi.
Terdahulu, kenyataan A.Aida yang mengatakan dia lebih mementingkan rupa paras daripada bakat dalam memilih pelakon, mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pelakon sendiri yang tidak bersetuju dengannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Roy Azman mengimbas memori apabila mendedahkan dia mula berlakon sejak usia remaja.
Menurut Roy Azman atau nama sebenarnya, Zairosminan Azman Abdul Rahman, dia menjadi pelakon pembantu menerusi lakonan kedua sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga Skop Productions.
“Aku mula berlakon dari tahun 1988. Umurku 18 tahun tika itu. Extra je hehe. Drama kedua terus diangkat jadi pelakon pembantu. Woww teruja.
“Pastu berkenalan dengan Yusof Haslam dari pelakon otai arwah Yazid Sabrani. Melekat dengan Skop Productions lama jugak sambil keje kat situ dan di Misc until 1996 dan seterusnya fulltime actor,” dedahkan.
Dia yang sinonim menerusi drama bersiri, Roda-Roda Kuala Lumpur turut akui gara-gara ketawa, namanya kian dikenali.
“Aku ni tak ramai peminat sampailah video ketawa aku viral. Aku pun tak tau nape orang suka ketawa aku tu haha. Sekarang aku pegi mana-mana pun org gelak dulu sebelum aku buat apa-apa. Tapi xpe… aku suka haha.
“Aku buat apa pun dapat support yang baik dari orang ramai. Memang best. Thank you sangat. Inilah rezeki aku & familiku. Syukur.
“Tapi sbgai pelakon segala watak harus ikut kesesuian,” tulisnya sambil promosikan drama terbaru, Dendam Seorang Isteri yang telah pun bersiaran menerusi Astro Prima sejak 21 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!