“Satu Benda Zain Ulang Tanya Setiap Waktu, Sayang Dah Solat?,” – Che Ta

Share

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta melayangkan dedikasi ucapan buat suami, pelakon Zain Saidin bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.

Merakam memori indah berdua dengan mengenakan persalinan bak raja sehari, Che Ta antara lain menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang tidak mengongkong.

“12 tahun jadi ibu tunggal, tak penah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar, kekallah bahtera yang kita bina.

“Kalau tak sabar, tu yang porak peranda. Alhamdulliah sembilan tahun ni Allah hantar yang baik-baik saja.

“Zain Saidin tak pernah suruh kami kemas rumah ke, tak pernah paksa masak ke, jauh sekali nak control

pergerakan kami,” tulisnya.

Che Ta pada masa sama turut akui suami sering mengingatkannya tentang mendirikan tiang agama selain berpesan agar para wanita tidak berputus asa dalam urusan jodoh.

“Satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, ‘sayang dah solat?’ Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.

“Ingat lepas kahwin, nak pakai skrit atas paha je. Ye lah kita fefeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus slowly tutup aurat.

“Alhamdulliah, ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita, tak kaya. Tapi kami bahagia.

“Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumahtangga ‘berderai’, jangan you alls. Mungkin 

jodoh akan munchul. Tengah on the way.

“InsyaAllah Allah tengah pilih yang baik-baik untuk you alls. Doa yang baik-baik akan dapat yang baik, insyaAllah,” luahnya lagi.

Che Ta juga menjelaskan busana perkahwinan yang digayakan itu bernilai RM80,000 hasilan Ivan Young.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Di dalam perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH