Pelakon Ruhainies menyelar tindakan pemilik pengusaha kad kahwin digital yang dikatakan sengaja ingin mencari kontroversi dengan mereka kad jemputan kahwin yang tertera namanya bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.
Menurut Ruhainies, tindakan tersebut sememangnya agak keterlaluan dan bukan cara terbaik untuk menjalankan bisnes.
“Sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil.
“Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak.
“Saya tidak akan halalkan,” tulisnya di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, pelakon drama Bintang ini turut memberi amarah kepada semua pihak untuk tidak membuat cerita palsu atau fitnah melibatkan namanya.
“Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam macam tentang saya.
“Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjawab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.
“Ingin saya tegaskan disini, segala apa article yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu,” kongsinya lagi.
Sejak akhir-akhir ini, timbul khabar angin yang mengatakan Aliff dan Ruhainies bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, perkara tersebut tetap hanya menjadi sekadar khabar angin kerana tiada kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak.
Malah, menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, ibu kepada Aliff iaitu Siti Hafeeza juga memaklumkan dirinya akan sentiasa menerima keputusan Aliff sekiranya dia mahu berkahwin lagi.
Terdahulu, kontroversi antara Aliff dan Ruhainies tercetus selepas mereka ditahan atas kes khalwat pada 9 Mac lalu, namun dibebaskan dengan jaminan polis.
Susulan kes tersebut, rumah tangga penyanyi lagu Sayang Sayang itu dengan Bella Astillah semakin bergelora sehingga akhirnya mereka bercerai pada 13 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI