“Silap Langkah Boleh Ditangkap, Ditembak,” – Fedtri Yahya Imbas Kenangan Jejak Rasul 2020

Share

Rancangan dokumentari Jejak Rasul sentiasa menjadi penantian penonton setiap tahun khasnya bila menjelang Ramadan.

Selaku pengacara rancangan tersebut, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita ketika menjalankan pengambaran Jejak Rasul di negara Turki, Jordan dan Palestin tidak lama dulu.

Kongsi hos ini, dia memaklumkan untuk melaksanakan musim terbaru Jejak Rasul kali ini sangat mencabar kerana kawasan pengambaran dikawal ketat oleh tentera.

“Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam.

“Silap langkah, boleh ditangkap. Boleh ditembak. Bermula esok, 6.30 petang,” tulisnya.

Sekadar informasi, Jejak Rasul mula ditayangkan pada tahun 1994 dan kini sudah hampir 26 tahun menemui penonton di televisyen.

Rancangan Jejak Rasul akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di saluran TV3 bermula 19 April ini.

Video: Twitter Fedtri Yahya

Published by
Nazar Rafiqhi