Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad mendedahkan dia bakal mengetahui keputuan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa ‘melepaskan’, pada esok.
Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengenai situasi dirinya kini yang sedang hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah dua bulan.
Menurut Rebecca, 36, atau sinonim disapa sebagai Mummy Becca, kesemua lima anaknya sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tgggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
Ads
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.
“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Ads
Meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya serta bayi yang sedang dikandung, Becca akui situasi yang dialami menyebab dia kini dalam dilema.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya lagi.
Ads
Malah, Becca mendedahkan dia tidak pernah merancang dalam soal cahaya mata, sebaliknya percaya dengan rezeki Allah SWT.
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira. Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya.
Terdahulu, Becca berkahwin dengan suami Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, 14, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Alif Al-Raffael, 6, Nor Ahmet Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kisah mengenai ‘cinta monyet’ melibat pelakon kanak-kanak popular, Nik Adam Mika, yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan antara Duerra Mitilda dan Hezriq Shah, bapa kepada bintang cilik berkenaan, Nik Mohd Adli tampil memberi kenyataan.
Antara lain, penjelasan dibuat bagi mengelakkan salah faham selain menjelaskan pada usia Adam yang baru 10 tahun, kanak-kanak itu masih muda untuk mengenal maksud cinta, sebagaimana kenyataan yang dijelas menerusi Instagram, sehari lalu.
Malah, Adam juga disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang suka berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebayanya.
Pada masa sama, Adli turut terbuka untuk dihubungi mana-mana individu atau media yang inginkan penjelasan lanjut.
“Assalamualaikum, saya papa adam mika @nikadliazlan ..pg ni, sy bgun tdo, dpt byk whtsapp dr rakan2 celebrity dan media yg tanyakan ttg berita viral adam dan mitilda tu.
“Terima kasih kpd kawan2 yg bertanya..ok..sini sy nk jelaskan, adam baru berusia 10 tahun..dan masih suka bermain2 dan berkawan..adam xfaham apa mksud cinta dan sbgnya.
“Apa yg dia faham, dia nk berkawan dan bermain, mcam kanak2 yg seusia dgn nya..sy sbg papa kpd adam, memohon maaf kpd semua, jika gmbar adam berkawan semasa di set dan di luar set mngundang fitnah dan rs xselesa.
“Saya nk minta utk stopkn mngecam kerana ini boleh jatuhkn moral ank sy, adam..gmbar semua di snap oleh saya. utk mkluman, adam tidak mmpunyai ramai kawan, dan kawan2 yg ada hnyalah di kalangan rakan2 pelakon.
“Kepada media dan individu yg mahukan pnjelasan lebih, boleh call sy terus dan dtg set utk interview,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi mStar, Adli seperti yang dipetik menjelaskan, anaknya baru berusia 10 tahun dan tidak mempunyai apa-apa perasaan selain masih awal untuk mengenal erti cinta.
Adli juga sebolehnya tidak mahu Adam terpalit dengan publisiti murahan atau gosip cinta kerana bimbang ia akan menjatuhkan prestasi dalam lakonan.
Bagi wanita hamil pasti akan melalui persaan yang berbaur sementelah menantikan detik bersalin.
Lalu, pelbagai persiapan perlu dilakukan memandangkan usia kandungan sudah mencecah usia 9 bulan.
Mungkin itulah yang dirasai pelakon, Izreen Azminda.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram.
Pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi yang kini dia sedang buat membuat persiapan kelengkapan untuk bersalin memandangkan kandungan dia kini sudah mencecah usia 9 bulan.
“Bila dah nk masok 9bulan ni.. Semua benda dah kena prepare.. Utk #babyA semua dah tersedia.. Utk mama pun ada..Lega rasa.
“Tq @audelianaturals tak sabar nk cuba.. Sbb feedback dari mommies2 yg dah guna produk @audelianaturalssemua letop!,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada mendedahkan berat badannya menerusi salah satu pertanyaan peminat di ruangan komen pada satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.
Respon Lisa, berat badannya boleh mencecah sekitar 48kg hingga 49kg. Dan mengakui masih perlu untuk menjaga pemakanannya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan dan seterusnya bertanya kepada ibu kepada dua cahaya mata itu tips mendapatkan tubuh ideal.