Simpan Atau ‘Lepaskan’ Kandungan, Datin Rebecca Kongsi; “Semua Anak Dilahirkan Menerusi Kaedah Caesarean.”

Share

Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad mendedahkan dia bakal mengetahui keputuan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa ‘melepaskan’, pada esok.

Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengenai situasi dirinya kini yang sedang hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah dua bulan.

Menurut Rebecca, 36, atau sinonim disapa sebagai Mummy Becca, kesemua lima anaknya sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean.

“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tgggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.

“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.

“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.

Meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya serta bayi yang sedang dikandung, Becca akui situasi yang dialami menyebab dia kini dalam dilema.

“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya lagi.

Malah, Becca mendedahkan dia tidak pernah merancang dalam soal cahaya mata, sebaliknya percaya dengan rezeki Allah SWT.

“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira. Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya.

Terdahulu, Becca berkahwin dengan suami Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, 14, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Alif Al-Raffael, 6, Nor Ahmet Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana 4.

Published by
MH