Primadona Erra Fazira berkongsi secebis peringatan pada hari Jumaat yang terakhir di bulan Ramadan ini.

Dia turut memohon ampun atas segala silap dan dosa andai pernah mengguris hati setiap yang pernah mengenalinya.

Menurut video yang dikongsi, simpanlah rahsia untuk diri sendiri dan Allah SWT yang menciptakan diri kita. Malah diminta untuk menjaga dua keredaan di dunia iaitu daripada ibu dan bapa.

Serta mohonlah bantuan ketika sulit dengan tiga hal iaitu sabar, solat dan beristigfar banyak-banyak.

Jangan sesekali pernah risaukan dua hal dalam hidup iaitu rezeki dan ajal kerana kedua-duanya berada di bawah kekuasaan Allah SWT.

Dinasihati untuk tidak ingatkan dua perkara ini selama-lamanya iaitu kebaikan terhadap orang lain dan kesalahan orang lain terhadap diri kita.

IKLAN

Dan jangan sesekali melupakan dua perkara iaitu Allah dan akhirat kerana kita akan berjumpa Allah di akhirat.

Perkongsian bermanfaat itu turut meminta untuk mendekatkan diri dengan enam insan ini iaitu ibu, bapa, guru, saudara kandung lelaki, saudara kandung perempuan, sahabat dan tetangga.

Dan jangan bersikap kasar terhadap empat insan iaitu yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan kaum dhuafa (lemah).

“Sharing is caring, saya minta izin repost ya. Perkongsian untuk membuka mata hati ini yg sering alpa.

IKLAN

“Moga perjalanan akan lebih baik bila kita punya pengetahuan dan kesedaran.

“Terima kakak yg sentiasa cantik manis, kak @salwaabdrahman1 krn mengirimkan video ini melalui kak intan payung kami, kak @intanzabidin.

“Moga Sentiasa dalam Rahmat Allah. Salam Jumaat yg terakhir di bulan Ramadhan kali ini.Moga kita dapat bertemu kembali dgn Ramadhan yg mendatang.

IKLAN

“Maaf salah silap dan segala dosa2 andai ada hati yg terluka, kata2 yg tak sepatutnya atau perbuatan yg mengguris perasaan.

“Sama ada sedar mahupun tidak, sengaja mahupun tidak sengaja, saya serendah hati mohon maaf.. moga segala amalan kita diterima Allah. Salam Jumaat. Salam Ramdhan,” kongsi bintang Hingga Hujung Nyawa ini panjang lebar.

View this post on Instagram

Perkongsian untuk membuka mata hati ini yg sering alpa.. Moga perjalanan akan lebih baik bila kita punya pengetahuan dan kesedaran.. . Terima kakak yg sentiasa cantik manis, kak @salwaabdrahman1 krn mengirimkan video ini melalui kak intan payung kami, kak @intanzabidin . Moga Sentiasa dalam Rahmat Allah.. Salam Jumaat yg terakhir di bulan Ramadhan kali ini.. Moga kita dapat bertemu kembali dgn Ramadhan yg mendatang.. . Maaf salah silap dan segala dosa2 andai ada hati yg terluka, kata2 yg tak sepatutnya atau perbuatan yg mengguris perasaan.. samada sedar mahupun tidak, sengaja mahupun tidak sengaja, saya serendah hati mohon maaf.. moga segala amalan kita diterima Allah.. . Salam Jumaat . Salam Ramdhan . .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Foto : Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI