Pelakon versatil, Fasha Sandha kini telah mencecah usia 36 tahun pada 28 Mac lalu.
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan tetap menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan secara bersederhana.
Sambil disertai ahli keluarga, posting bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut mencuri perhatian apabila dilihat hanya mengenakan baju kelawar ketika menyambut ulang tahun kelahiran.
“Sambut birthday pakai baju kekawaq cara #stayhome #dudukrumah #nomakeup.
“Simple sangat tapi meaningful
Terima kasih suamiku dan keluarga, love you #fashasandhaturns36 ,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memberi ucapan hari jadi kepada aktres jelita itu.
https://www.instagram.com/tv/B-SF12oFyjW/?igshid=rxb9uqpnmbd1
Malah ada di antara ucapan kenalan dan peminat turut dikongsikan kembali menerusi Insta Stories miliknya.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI