Youtubers dan personaliti media sosial, Rhys William memaklumkan dirinya kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas dia dilaporkan positif Covid-19.

Menurut Rhys yang juga merupakan warganegara United Kingdom itu, doktor mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap ketiga sehingga menyebabkan paru-parunya juga turut mengalami masalah.

“Simptom Saya Lebih Teruk, Pneumonia Dalam Paru-Paru,” – Covid-19 Tahap 3 & Turut Demam Denggi, Youtuber, Rhys William Pohon Doa

Tambah mendukacitakan apabila bapa kepada seorang anak itu turut didapati mengidap demam denggi pada masa yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rhys William (@si_rhys)

“Positive Covid dan positive Denggi
Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif Covid. Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.

“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru2 (covid category 3) – atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali,” tulisnya.

Bagaimanapun, Rhys kini mampu menarik nafas lega selepas seluruh ahli keluarganya dilaporkan tidak mengalami sebarang simptoms yang teruk dan mereka juga dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Simptom Saya Lebih Teruk, Pneumonia Dalam Paru-Paru,” – Covid-19 Tahap 3 & Turut Demam Denggi, Youtuber, Rhys William Pohon Doa “Simptom Saya Lebih Teruk, Pneumonia Dalam Paru-Paru,” – Covid-19 Tahap 3 & Turut Demam Denggi, Youtuber, Rhys William Pohon Doa

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Youtubers yang popular menerusi program, Mat Salleh Cari Makan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Dikesempatan itu juga, Rhys turut menitipkan ucapan permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

Malah, dia juga turut berharap agar semua pihak dapat sama-sama mendoakan agar kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal.

“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya

“Covid is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua,” tulisnya.

Ads

“Simptom Saya Lebih Teruk, Pneumonia Dalam Paru-Paru,” – Covid-19 Tahap 3 & Turut Demam Denggi, Youtuber, Rhys William Pohon Doa

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Rhys.

“Take care and get well soon brother.

“Oh dear, so sorry to hear this. Sending you and your family prayers. Get well soon.

“Kuatkan semangat Ryhs. Pasti sembuh. Lawan dan bangkit,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Ads

Terdahulu, Rhys Willam atau nama penuhnya Rhys William James sudah menetap dia Malaysia sejak lapan tahun yang lalu.

Rhys juga sangat fasih berbahasa Melayu dan ini dapat dilihat menerusi setiap konten yang dikongsikannya di seluruh platform media sosial.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Simptom Saya Lebih Teruk, Pneumonia Dalam Paru-Paru,” – Covid-19 Tahap 3 & Turut Demam Denggi, Youtuber, Rhys William Pohon Doa

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Rhys William

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI