“Since 2018 Dah Mula Rasa Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Diri Ini,” – Alami Gastrik, Ziana Zain Rujuk Dr Mustafa

Share

Penyanyi terkenal, Ziana Zain mendedahkan dia mengalami masalah gastrik dan mulai sedar akan gangguan berkenaan sejak 2018 lalu.

Menurut Ziana, dia sebelum ini pernah membuat pemeriksaan jantung susulan situasi yang berlaku.

Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.

“Alhamdulillah dipertemukan dengan @dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini.

“Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung. Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja.

“Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh @dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.

Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram.

Pada ruangan komen, para peminat menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi Puncak Kasih ini, semoga terus diberikan kesihatan berpanjangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH