Seminggu selepas kematian anak lelakinya, Sinead O’ Connor telah dimasukkan ke hospital gara-gara ciapannya di Twitter yang menyatakan dia turut mahu mengikut anaknya yang telah meninggal dunia itu.
Anak ketiga Sinead, Shane O’Connor ditemui meninggal dunia pada 7 Januari lalu setelah dua hari menghilangkan diri dari hospital tempat dia dirawat.
Menurut laporan CNN, Sinead membuat ciapan yang berbunyi, “Saya membuat keputusan untuk mengikut anak saya. Tiada gunanya saya hidup tanpa dia. Segala musnahkan segala yang saya sentuh. Saya masih bertahan kerana dia. Sekarang dia sudah tiada.”
Penyanyi lagu popular Nothing Compares 2U ini sangat terbuka berbicara tentang masalah kesihatan mentalnya dan juga pemikiran untuk membunuh diri sebelum ini menyatakan yang dia berasa ‘kehilangan’ dan menyalahkan dirinya atas kematian anaknya itu.
Walaupun begitu, penyanyi berusia 55 tahun itu berkongsi yang dia sudah dimasukkan ke hospital atas beberapa ciapannya yang membimbangkan yang mana dia seolah-olah merancang untuk mencabut nyawanya sendiri.
“Maafkan saya, kini saya dalam perjalanan ke hospital bersama polis. Saya minta maaf jika saya membuat semua orang sedih. Saya rasa kehilangan tanpa anak saya dan saya membenci diri sendiri. Hospital akan membantu untuk sementara waktu, tetapi saya akan mencari Shane. Ini hanyalah satu pengangguhan,” kongsinya di Twitter.
Dalam tinjauan MH dilaman Twitter, ciapan tersebut telahpun dipadamkan penyanyi ini, namun begitu tangkap layar ciap tersebut telah tersebar luar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: CNN