Penyanyi muda yang sebelum ini cukup dikenali menerusi media sosial, Shalma Eliana kini kian mencuri perhatian ramai sejurus melancarkan single pertamanya, Janji Terindah pada tahun 2018 dan Mahukah Kamu tahun lalu.

Meski kerjaya seninya masih lagi hijau, namun penyanyi berusia 20 tahun ini boleh berbangga apabila diberi peluang mempamerkan bakatnya di arena antarabangsa apabila terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’, iaitu sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina.

Heal yang dilancarkan September lalu merupakan projek pertama seumpamanya di rantau ini, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akibat pandemik Covid-19.

Terbaru, Shalma Eliana kini tampil dengan single terkini yang berjudul Aroma.

Mengulas mengenai single ketiganya ini, dia yang sinonim disapa Yana berkata Aroma merupakan lagi yang berbeza daripada apa yang pernah disampaikannya sebelum ini.

Lagu-lagu saya sebelum ini membawa mesej ringan seiring dengan umur saya ketika itu yang masih belasan tahun. Tapi kali ini menerusi Aroma saya cuba menampilkan sisi matang.

IKLAN

“Lagu yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kisah hidup saya ini bukan sahaja sarat dengan perasaan marah dan sedih malah penuh dengan aura kekuatan diri.

“Bagi saya lagu ini meraikan wanita yang mempunyai jati diri yang kuat; wanita yang tidak membiarkan maruah dirinya terus dipijak dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.

“Ia membawa mesej, sayangi dan hargailah diri sendiri kerana hubungan yang paling penting dalam hidup kita adalah hubungan dengan diri sendiri.”katanya.

 

IKLAN

Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat ini mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh pihak lelaki yang merasakan bahawa kekasihnya tidak akan berubah hatinya walau apa jua yang dilakukannya.

Namun selembut mana pun hati wanita, hatinya pasti akan jadi keras apabila cinta dan dirinya tidak dihargai. Bila diri dicurangi, hati makin tawar, aroma cinta pun semakin pudar.

Yana menambah, Aroma dalam lagu ini boleh membawa banyak maksud.

“Ia mungkin bermaksud, hubungan atau harga diri. Tapi bagi saya ia bermaksud tingkah laku seseorang. Dalam bait lirik ada berkata tentang ‘Jaga Aroma’, ianya boleh disifatkan sebagai jaga tingkah laku.

IKLAN

“Kalau bau busuk tidak menyenangkan orang, begitu juga dengan orang yang berperangai buruk,” menurutnya lagi.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini juga sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 23 Oktober lalu.

Malah, muzik video muzik rasminya yang kini sudah ditonton hampir 25,000 kali juga boleh dilayari di saluran YouTube.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI