Comelnya bila melihat ragam pasangan pengantin baru, Fasha Sandha dan Aidil Aziz apabila kedua-duanya dilihat bersingsing lengan membasuh periuk belanga usai majlis.
“Kandid bintang kami @fashasandha bersama suaminya, @itsaidilaziz selepas selesai majlis persandingan sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan petang tadi. Kedua pengantin mengikut adat untuk turut sama membersihkan periuk & kuali bersama penduduk kampung.
“Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 Mac lalu di Kangar Perlis. Memilih konsep traditional serba sederhana, pasangan mempelai ini diraikan lebih 5,000 tetamu terdiri dari sanak saudara, sahabat, peminat & teman selebriti.
Ads
“Kami dari pihak pengurusan mendoakan kebahagiaan mengiringi perkahwinan ini senantiasa. Moga kalian berdua berkekalan ke jannah, inshaAllah!”
Sering ditawarkan watak sebagai lelaki berkahwin dua, penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella berharap agar segala naskhah drama yang dijayakannya itu dapat sedikit sebanyak memberi iktibar dan pengajaran buat penonton.
Menurut Zarul atau nama sebenar Zairulkefli Husin, 50, walaupun isu poligami dilihat sensitif bagi sesetengah pihak, namun semua perkara yang digambarkan menerusi drama-drama lakonannya sebelum ini mengambil intipati daripada kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Sebenarnya itu realiti, kalau tak, orang takkan buat drama. Drama itu semua berdasarkan kisah realiti.
“Sangat sukar… susah saya nak cakap (tentang isu poligami), saya tak layak nak nasihatkan semua orang. Cuma apa yang boleh saya katakan, ambillah semua yang dalam lakonan yang tidak elok itu jadikan pengajaran. Ambil mana yang elok sahaja,” katanya pada majlis pelancaran program YEG Sambung Belajar di Putrajaya pada Sabtu.
Aktif dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu, Zarul juga jarang-jarang sekali dikaitkan dengan kontroversi panas termasuk melibatkan hal rumah tangga.
Ini kerana menurut Zarul, dia lebih senang berpegang pada prinsip enggan berkongsi hal-hal peribadi di media sosial miliknya untuk tatapan umum.
“Mungkin sebab saya jarang kongsikan fasal keluarga, isteri pun faham dengan kerjaya saya. Ini adat resam seseorang artis, ada pasang, ada surut juga.. akan ada benda tak elok yang akan didengari orang luar.
“Alhamdulillah, syukur juga saya tak terlibat dengan kontroversi hangat.
“Prinsip saya, jangan dikenang, jangan dikongsi. Apa perlu disimpan kita simpan,” katanya lagi.
Sementara itu, selain berlakon dan menyanyi, Zarul kini memegang profesion baharu bergelar felo di pusat latihan Meatech dalam jurusan Aviation.
Berpengalaman luas selama 16 tahun bergelar pramugara, Zarul akan berkongsi segala ilmu tersebut buat generasi baharu yang memasang cita-cita ingin menceburi bidang tersebut.
“Saya bukan tenaga pengajar, sebaliknya hanya ‘sharing session’, berkongsi pengalaman menerusi sesi yang disusun mengikut jadual.
“Apa yang dikongsikan adalah pengalaman sepanjang 16 tahun saya dalam bidang penerbangan.
“Dalam setiap sesi, saya banyak menerapkan tentang keikhlasan menjalankan tugas dalam mana-mana bidang dan kepentingan berkomunikasi dengan orang sekeliling,” katanya lagi.
Meatech adalah institusi yang bekerjasama dengan YEG Academy Sdn Bhd yang menyediakan platform kepada lepasan SPM untuk membuat pilihan sebelum menyambung penganjian di peringkat diploma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Janna Nick tampil memohon maaf sekiranya ada hantaran yang dilakukannya di media sosial menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Menurut Janna, dia merasakan tidak cukup kuat untuk berdepan situasi semasanya ketika ini.
“Saya minta maaf seandainya posting-posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. Saya sedar… Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni.
“I’m so sorry. But I promise I’ll come back stronger. Only time will heal,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran terkini yang dikemas kini di Instagram.
Menerusi hantaran terbabit, Janna berkongsi reaksi seorang individu yang mempersoalkan caranya di dalam berhadapan situasi dakwaan putus cinta.
Dalam pada itu, pelakon Melastik Bintang Ke Hatimu ini turut menitipkan bait kata cinta yang seolah-olah tidak kesampaian.
“Terima kasih mentari setia. Pernah membelai hati yang dahaga. Pernah mendakap jasad yang meronta. Sedarlah aku sayang, tidak selamanya berpanjangan. Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang,” luahnya.
Bagaimanapun akses pada ruang komen hantaran berkenaan ditutup Janna.
Terdahulu pada 15 November lalu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta dengan pasangannya, pelakon Dini Schatzmann.
Difahamkan, pasangan ini mulai akrab selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.
Malah kemesraan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu pernah menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Seperti umum mengetahui, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini terbang ke Mesir seterusnya memasuki Gaza Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi mengenai pendakwah tersebut yang didakwa senyap dari berkongsi berita terkini mengenai dirinya.
Malah, tiada juga sebarang ‘updated’ yang dikongsikan di laman media sosial
Lalu, Ebit ada berkongsi khabar perkembangan terkini menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Ebit memaklumkan, semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan baik sahaja.
“Doakan yer..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew,” tulisnya ringkas.
Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila sudah selamat menerima menantu baharu, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail ke...