Lakonan Sheila Rusly menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa ternyata membuahkan hasil apabila ia mendapat perhatian meluas penonton setia drama berkenaan.
Malah, Sheila memaklumkan dirinya adamenerima tempias kata cacian daripada penonton yangbencikan watak Opah Aminah yang dilakonkan.
Bukan itu sahaja, isteri kepada pengarah Azman Haji Yahya (Jinggo) ini juga berkongsi foto kata cacian yang diterima menerusi ‘direct message’ akaun Instaram.
Bagaimanapun, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu berkata dirinya sudah memaafkan kata cacian yang dilemparkan.
Ini kerana, ia hanyalah watak dalam sebuah lakonan yang dibawa.
Ads
“Sis dah maafkan mereka yg tak boleh bezakan antara realiti & fantasi. Apa pun sis bersyukur sbb berjaya buat komer benci Opah Aminah. Jumpa minggu depan Love korang
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.
Berkongsi slip keputusan di laman Instagram, Hawa dilihat telah berjaya menamatkan semester akhirnya itu dengan himpunan purata nilai gred 3.78.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu nyata bersyukur kerana dirinya berpeluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa.
“Alhamdulillah. I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time,” tulisnya.
Sementara itu, Hawa juga dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini
“Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends. Till i see you again @uitm.official,” katanya lagi.
Entri tersebut nyata telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah malah ada juga yang menyifatkan Hawa sebagai sumber inspirasi buat mereka.
Sumber: Instagram Hawa Rizwana Redzuan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita pelakon, Elisya Sandha yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy baru-baru ini mendapat perhatian peminat.
Masing-masing menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira dengan perkembangan jalinan cinta di antara keduanya.
Sambil membayangkan perasaan gembira dan bahagianya, kakak kepada Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha turut memberikan coretan kata atas ikatan pertunangan yang termeterai.
“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl.
“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya, apa saja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” tulis Fasha.
Dia pada masa sama turut memberikan pesan agar menerima baik buruk pasangan dengan apa adanya.
“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing2 kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna.
“Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.
“Welcome to the family ,Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar. Syukur.
“Semoga kasih sayang dan cinta kalian, Kekal dan Bahagia ke Jannah,” tulisnya lagi.
Coretan indah itu dinukilkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini pada paparan di IG TV yang dimuat naik pada Isnin.
Sehingga kini, video tersebut sudah menerima lebih 100,000 kali tontonan di kalangan pengguna media sosial Instagram.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi menghormati pendirian serta hak individu yang memilih untuk tidak menerima suntikan vaksinasi Covid-19.
Katanya yang mesra disapa Pak Nil, dia percaya golongan yang disebut sesetengah pihak sebagai sebagai anti vaksin dan prosafe (ambil langkah berjaga-jaga) ini mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
“Ia hak masing masing. Saya hormat. Daripada awal lagi kerajaan pun tak paksa sama ada nak ambil vaksin atau sebaliknya. Tapi bila keluar dakyah salah bertentangan sains atau propaganda itu ini daripada segelintir golongan berkenaan, itu yang tak syok.
“Mungkin sebaiknya golongan itu tidak terlalu lantang di media sosial. Tapi ia hanya pandangan rawak saya saja kerana zaman media sosial beraja ini ramai tegar bersuara,” katanya.
Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu bagaimanapun menyambut baik mengenai peratusan penduduk di negara ini yang sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan vaksin.
“Jadi selebihnya iaitu 10 peratus lagi merujuk kepada golongan antivaksin, kanak-kanak dan mereka yang tak boleh divaksin atas faktor pelbagai termasuk kesihatan.
“Kita yang memilih vaksin ini jangan bermusuh dengan mereka. Kita cuba lindungi mereka. Majoriti akan menang melawan minoriti. Insya-Allah.
“Kita sudah bergelut melalui era COVID-19 ini. Cukup… cukuplah derita itu. Tak perlu kita tambah dengan pertelagahan prinsip mahu divaksin atau sebaliknya,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.
Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.
“Malah saya juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang disahkan positif COVID-19 tahap empat mencuba. Alhamdulillah ikhtiar serba sedikit membantu dan pulih.
“Malah pihak jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan kos bil hospital atas paksi kemanusiaan,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie baru-baru ini.
Produk yang dilancarkan itu khusus untuk kanak-kanak dan Pak Nil percaya golongan kecil itu juga wajar dilindungi.
“Apabila ada inisiatif pihak produk ini buat suplemen khusus untuk kanak kanak mendapat perlindungan di musim pandemik, saya paling bersetuju.
“Apatah lagi ada golongan ini sudah kembali bersekolah secara bersemuka. Virus jahat ini kita tak nampak, jadi kena sentiasa berwaspada. Golongan dewasa sendiri pun boleh terdedah kepada perkara yang tak diingini, apatah lagi si kecil.
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Penyanyi lagu Apo itu juga berharap, usaha memupukkembali minat golongan pelajar ke sekolah dalam membiasakan norma baharu tidak dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert One Love Music Festival sepatutnya dijadualkan berlangsung pada esok, 21 Disember di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Perkara tersebut dimaklumkan wakil penganjur...