“Sistur Lebih Rela Memilih Untuk Jadi Seorang Ibu Yang Bahagia Daripada Seorang Isteri Yang Bahagia,” – Rita Rudaini

Share

Pelakon hebat, Rita Rudaini berkongsi momen bahagia anak-anaknya berkejaran disulami lagu
Wanita Terbahagia nyanyian Bunga Citra Lestari.

Jelasnya menerusi ruang kapsyen, dia merasa kenikmatan membesarkan anak-anak sendirian dan lebih rela memilih menjadi ibu yang bahagia berbanding isteri bahagia.

“Bila dah rasa nikmat membesarkan ank2 sendirian,sisturr lebih rela memilih utk jd seorg ibu yg bahagia drpd seorg isteri yg bahagia….nikmat Pure love,” kongsinya.

Netizen turut memberikan reaksi di ruang komen dan mendoakan agar dia terus tabah membesarkan anak-anak walau tanpa suami di sisi.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto : Instagram Rita Rudaini

Published by
Noraini Abd Wahab