Disamping itu, rakaman video itu telah menjadi perhatian netizen dan perbualan netizen di laman media sosial.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Dato’ Siti yang kelakar itu.
Ads
Alahai, kelakar sungguh Dato’ Siti ni. Sempat lagi bergurau lawak Sherry bersama dengan penonton. Patutlah peminat sayang!
Untuk rekod, Dato’ Siti akan membuat persembahan di lokasi ketiga bagi konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac depan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Video : YouTube TV3 Malaysia & Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Wany Hasrita akui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kalinya di kampung suami di Sarawak pada tahun ini.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia tidak sabar untuk melihat sendiri budaya masyarakat borneo menyambut hari raya yang dikhabarkan sangat meriah.
“Tahun ini saya akan beraya di rumah suami di Kuching, Sarawak. Saya agak teruja juga untuk beraya di sana sebab seperti kita tahu, orang-orang Sarawak memang meriah kalau menyambut hari raya.
“Mereka akan all out. Katanya selama seminggu mereka akan mengenakan baju raya. Saya pun tak sabar nak melihat sendiri budaya di sana.
“Saya ada bertanya kepada suami, perlu ke saya sediakan baju raya baharu selama seminggu? Dia kata tak perlu la membazir.
“Tujuh helai tu macam melampau sangat. Dua cukuplah yang selebihnya pakai balik yang lama,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan lagu single duet terbaru bersama Wani Syaz berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Bagaimanapun, pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini agak sedih memandangkan dia tidak pernah berjauhan dengan ibunya ketika hari raya.
“Cuma saya agak risau sebab ini pertama kali saya beraya berjauhan dengan ibu. Walaupun ibu tidak beraya seorang tapi agak janggal juga bila anaknya tiada bersama di hari raya. Dia akan beraya bersama adik beradiknya di Perak.
“Bagaimanapun, ibu saya sangat memahami dan dia sebenarnya memang sudah bersedia untuk berhadapan dengan detik-detik seperti ini. Dia tahu, satu hari nanti, anaknya ini akan beraya di kampung suami.
“Masa sebelum kahwin dahulu, saya ingat perkara ini biasa sahaja dan macam ibu yang berlebihan. Bila dah kahwin ni, baru saya faham apa yang ibu maksudkan. Macam ini rasanya bila kena tinggalkan ibu ketika hari raya,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany dilaporkan bakal sekali lagi mengacarakan program terbitan RTM, Borak Dahulu Baru Berbuka buat tahun yang kedua.
Ketika ditanya mengenai penerimaan suami berhubung program berkenaan memandangkan dia terpaksa berbuka di studio hampir 20 hari, Wany bersyukur kerana suaminya itu amat memahami.
“Ada tak tertanya-tanya juga tapi saya sifatkan ini rezeki. Setelah kami berbincang, Alhamdulillah suami sangat menyokong. Program tersebut pun bukan borak-borak biasa. Ia program ilmiah.
“Lagipun, kalau suami ada jadual penerbangan, saya tetap tak dapat berbuka dengan dia. Nasib baik program itu hanya sampai 18 April sahaja. Selebihnya kami buat rakaman.
“InsyaAllah ada baki dua atau tiga hari saya boleh berbuka dengan suami,” akhirinya.
Terdahulu, Wany dan suaminya, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Julai 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau selepas disapa Bonda Rozita mendedahkan ada beberapa anugerah yang diterima memahat memori tersendiri bagi dirinya.
Meski tidak memiliki barisan anugerah yang banyak, namun sepanjang melibatkan diri dalam dunia perniagaan, Rozita mengakui dia juga bukan individu yang sanggup ‘bayar’ wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan penghargaan.
“Sy bukan femes yg dapat banyak anugerah pun, adalah sikit je antara yg grand sy boleh ingat kenangan manis sy Trofi Sri Nona TV3.
“Dalam banyak2 anugerah sy dapat ada 2 paling sy suka (sy bukan jenis org yg membayar utk nak dapat penghargaan atau status),” tulisnya pada kapsyen terkini di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Rozita berkongsi momen manis ketika dirinya menerima anugerah di beberapa majlis, sebelum ini sambil memberikan perincian.
“1st anugerah tokoh ushawan wanita dr PM masa tu Abdullah Badawi ( lawak sgt masa tu punyalah grand event PM boleh tidur dekat stage. Penat sangat agaknya) masa tu habis pantang bersalin ain 14 tahun lepas).
“Yg kedua Tokoh Srikandi Negara, xingat bila masa kat gambar ni, sy seronok sbb dapat tengok dr dekat wanita2 hebat.
“Antara penerima anugerah Datin Sri Hasmah, Zety Aziz, Iron Lady Arwah Dato MaZnah, Siti, Uzt Nur baiyah & ramai lagi,” tulisnya.
Menariknya, Rozita turut berkongsi cerita apabila menerima anugerah daripada bekas Wanita Pertama Negara, Datin Sri Rosmah Mansor.
“Setiap kali dapat anugerah ada benda lucu berlaku, kali ni sy sendiri sgt takut nak berdepan dgn 1st lady. Sejuk kaki tangan berkali2 ketandas.
“Kini, tengok gambar ni sy kesian pdnya bonda agar Datin Sri Rosmah sihat dn mendapat rahim & rahmat Allah diusianya begini,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan respon termasuk Aliff Syukri yang menyifatkan ibunya sebagai idola.
Foto: Instagram Bonda Rozita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya ada berkongsi kisahnya ketika menghulurkan bantuan buat sebuah keluarga di kawasan pedalaman di Pulau Bruit, Sarawak.
Menurut Fedtri, hatinya tersentuh selepas mengetahui keluarga berkenaan telah berkongsi barangan bantuan tersebut bersama seluruh penduduk kampung.
“Saya dan rakan beri bantuan tak sebanyak mana pada sebuah keluarga di pedalaman.
“Tapi kan dia boleh kongsi satu kampung. Tak pentingkan diri. Tak sembunyi rezeki,” jelasnya.
Kisah tersebut dikongsikan pengacara Malaysia Hari Ini itu di laman Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh bila mendengar kisah berkenaan selain turut mendoakan semoga segala urusan Fedtri Yahya dipermudahkan.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...