Terdahulu, gaya penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza memanggil nama anaknya, Siti Aafiyah menjadi perhatian netizen.
Tambahan pula, gaya tersebut telah menjadi bahan gurauan pengacara Sherry Al-Hadad semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu Ke 33 lalu.
Terkini, Siti baru-baru ini yang sedang membuat persembahan untuk konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ turut melakukan perkara sama.
Rakaman video tersebut memaparkan penyanyi yang berusia 40 tahun itu sedang bergurau bersama penonton yang hadir pada konsertnya itu.
Malah, Siti sempat lagi memerli dan membahan Sherry Al- Hadad!
“Siti Aafiyah anak ibu..tak samakan dengan Sherry?…”kata Dato’ Siti sambil bergurau.
Disamping itu, rakaman video itu telah menjadi perhatian netizen dan perbualan netizen di laman media sosial.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Dato’ Siti yang kelakar itu.
Alahai, kelakar sungguh Dato’ Siti ni. Sempat lagi bergurau lawak Sherry bersama dengan penonton. Patutlah peminat sayang!
Untuk rekod, Dato’ Siti akan membuat persembahan di lokasi ketiga bagi konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac depan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Video : YouTube TV3 Malaysia & Twitter