Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi hos kepada program bual bicara, Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu.
Keputusan tersebut adalah bagi memberi ruang buat bintang ini untuk menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Difahamkan, Elizad bakal memulakan hari pertama rawatan terbabit pada Sabtu lalu.
Terdahulu, Elizad berkata demikian selepas ditanya rakan penyampai sinar FM, Hefny Sahad mengenai tindakannya yang tidak lagi bersama rancangan khusus wanita itu.
“Bukan saya berhenti. Alhamdulillah… Minggu ini adalah yang terakhir bersama Mingguan Wanita, minggu hadapan saya tiada lagi.
“Saya nak Sinari Kita esok pagi, doakan saya akan jalani hari pertama perjalanan untuk IVF. Doakan agar termakbul,” pohon Elizad sambil disambut baik Hefny.
Sedutan video tersebut turut dikongsikan di Instagram TV Sinar my.
Terdahulu Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015.
Foto: Instagram Sinar My
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Pernah Mengikuti Pengajian Undang-Undang, Ini 10 Hal Sensasi Fathia Latiff!
Hangat sejak beberapa hari lalu apabila pelakon cantik manis, Fathia Latiff yang dikatakan telah membuka tudungnya.
Lalu, dia yang membuat penampilan pertama tanpa hijab di sebuah majlis pertunjukan fesyen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam mencetuskan sensasi di kalangan peminat.
Secara profesional, si empunya badan sudah pun memberikan kenyataan mengenai penampilan terkininya itu.
Jadi, jom ikuti 10 fakta perihal Fathia.
Dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang bintang ini merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan.
Pernah mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2014. Bagaimanapun, difahamkan Fathia tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam bertauliah.
Pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza sejak digandingkan bersama dalam drama Diandra. Namun, hubungan mereka renggang sekitar Januari 2015 meski beberapa kali dikatakan kembali bersama.
Kemudian, dia tampil mengenakan hijab sepenuhnya awal 2016.
Seringkali terpalit dengan masalah disiplin dan namanya pernah digugurkan daripada drama La Luna lalu wataknya digantikan dengan Zahirah.
Tampil membuat permohonan maaf selepas rakaman video Bigo Live Natasha Elyzza yang memaparkan seorang wanita mirip Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara tersebar di media sosial.
Namanya terus panas apabila dilihat merokok menerusi sesi live di Insta Stories bersama Zarina Anjoulie.
Pemakaian tudungnya pernah dikritik gara-gara menampakkan anak rambut. Malah, sebelum membuat penampilan rasmi, pelakon jelita ini pernah tampil di sebuah café di sekitar Shah Alam tanpa hijab serta berambut pendek.
Didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan depresi namun sehingga kini belum dipastikan sumber yang sahih.
Pada 24 April 2019, dia tampil mengumumkan tidak lagi mengenakan hijab dan menegaskan dia kini menjadi diri sendiri.
Foto/Sumber : Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!
Kejam! Nampaknya wujud lagi tanggang moden di dunia bukan? Sampainya hati berbuat sedemikian terhadap ayah kandung sendiri. Tepuk dahi MH membaca kisah yang dialami seorang ayah ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Daut @ Kassim Jali, 84 sebelum ini berstatus jutawan kerana memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.
Namun, sebagai seorang bapa, Daut telah mengagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan. Malangnya, lain pula jadinya. Kesemua anaknya lupa daratan!
Kesemua anaknya mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.
“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.
“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.
Malah, kesemua anaknya sudah dua tahun tidak datang menjenguknya, bahkan sewaktu dia mengerjakan umrah pun mereka tidak datang berjumpa.
Lebih menyedihkan, sewaktu dia kehabisan minyak, dia ke stesen minyak yang diusahakan anaknya tetapi tidak diendahkan. Malah, anaknya tidak membenarnya untuk mengisi minyak.
Lebih dua jam dia menunggu dan dimaki pula. Sedangkan itu adalah stesen minyak yang diusahakannya dulu.
Daut menahan sebak ketika datang mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.
Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.
“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.
“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.
“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.
Bagi MH tidak sepatutnya seorang anak berbuat sedemikian terhadap seorang bapa yang banyak berjasa membesarkan kita selama ini. Lebih-lebih lagi anak yang berjaya hasil usaha ayah sendiri, apa salahnya memberi sumbangan kepada mereka.
Sumber : Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Meski Di Kedudukan Corot, Saya Tetap Akan Buat. Usaha Semampu Boleh,” – Noorshila Amin
Penyanyi Noorshila Amin mendedahkan dirinya rasa dihargai atas usaha yang diberikan terhadap persembahan menerusi lagu Vroom Vroom di saingan minggu ketujuh Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad lalu.
Pujian yang diberikan pihak juri sejurus selesai membuat persembahan memberikan semangat untuknya terus memberikan yang terbaik.
Jelas bintang yang mesra disapa Mama ini lagi, dia juga terkejut apabila namanya diumumkan pada kedudukan keempat di kalangan lapan peserta lainnya yang masih kekal dalam saingan.
“Selama tujuh minggu konsert, kiranya saya selalu dapat kedudukan bottom 3, jadi apabila nama diumumkan pada kedudukan keempat, rasa sangat terkejut.
“Sudah tentu rasa berbaloi dengan usaha yang lakukan minggu ini diterima. Dapat kedudukan keempat tu kira macam dihargai.
“Meski berada di kedudukan corot, tapi saya tetap akan buat. Cuba untuk usaha semampu yang boleh,” akuinya.
Pada masa sama, Shila juga tidak menafikan elemen tarian serta kreativiti memberi impak di dalam persembahan.
“Saya sendiri tidak pasti mengenai persembahan kali ini. Mungkin kerana keupayaan saya menari dengan penari. Malah mungkin juga lagu yang turut membantu.
“Saya dengan suara yang besar, jadi cabaran untuk nyanyikan lagu Vroom Vroom. Alhamdulillah andai ramai yang suka.
“Bila kena nyanyi lagu dari penyanyi baru, rasa macam ‘eh mak-mak baru nak up pula’.mApa pun, saya cuba yang terbaik. Anak-anak pun sangat membantu.
“Misalnya pada awal lagu itu ada diselitkan elemen Tango, ia adalah hasil dari gabungan idea suami dan anak-anak.
“Saya pernah dengar lagu tersebut dan bila dapat tugasan itulah, kiranya hari-hari hingga beratus kali dengar lagi,” seloroh Shila yang bakal bersaing menerusi lagu Samar Bayangan yang dipopularkan oleh Nicky Astria.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI