Gelaran ‘pengantin sampah’ yang dilempar netizen kepada pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah langsung tidak memberi kesan.
Sebaliknya, mereka saling bahagia dan melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni meski tidak terlepas daripada kecaman ramai, lebih-lebih lagi sejurus berita pernikahan mereka di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu mencetuskan tular di media sosial.
Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan ini juga turut menjadi bualan apabila kira-kira 5,000 tetamu hadir bagi meraikan hari bahagia termasuk sambutan ulang tahun kelahiran Siti Jamumall, semalam.
Menerusi majlis yang diadakan di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, itu, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah tampil dengan gimik lakonan semula kisah hidup mereka yang dianggap ‘sampah’ oleh netizen.
Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 25, gimik tersebut memang dirancang sebagai atur cara dalam majlis resepsi supaya dapat membuka mata masyarakat bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.
“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.
Ads
“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya.
Siti Jamumall pada masa sama bersyukur apabila ramai yang hadir selain ada yang menitipkan doa kebahagiaan kepada dia dan suami.
“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.
“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.
Ads
“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja.
Ads
Ditanya mengenai kos majlis secara keseluruhan, ini jawab Siti Jamumall ringkas;
“Sekitar RM200,000 dan kalau ditambah dengan nilai tajaan, boleh cecah lebih RM300,000.”
Selain tarian tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.
Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Meluahkan pandangan di laman Twitter, pelakon Nabila Huda mempersoal mengapa seorang remaja yang mengidap penyakit kronik dibiarkan berjalan kaki di ibu kota untuk menyara hidup.
Sedangkan, dia masih mempunyai ibu bapa yang punya kudrat
Anak kepada pelakon penyanyi legenda, Amy Search itu bagaimanapun bersifat umum dan tidak merujuk kepada mana-mana subjek.
Pada masa sama, Nabila atau Abil juga menyelar mengapa dibiarkan anak kecil itu mengikat perut selama tiga hari sedangkan ibu bapanya masih punya kudrat untuk mencari nafkah.
“Persoalannya,kenapa seorang budak yang ada cancer, Di biarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu Dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan, bercakap dgn sempurna?” tulisnya.
“Sanggup kah anda,membiarkan seorang budak mengidap cancer Untuk berjalan satu KL Untuk cari rezeki, pernah ikat perut 3 hari,sedangkan diri Ini sempurna mempunyai kaki Dan tangan Untuk bergerak? Sanggup kah anda?” luahnya lagi.
Jelas pelakon ini, dia terpanggil untuk meluahkan rasa hati selepas melihat bagaimana insan yang tidak punya kaki namun terus gagah mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
“Actually lepas Aku shoot telemovie #demicintakuzainuddin tu buat Aku terfikir macamana lah orang yang hidup tanpa kaki,macamana lah Dia Nak teruskan hidup, Aku bersyukur Allah masih bagi kenikmatan dengan ada nya dua pasang kaki,tangan,mata Dan mulut yang sempurna,” jelasnya lagi.
Malah netizen turut menyatakan pandangan masing-masing di ruang komen.
Foto : Twitter Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Ebit Lee berkongsi gaya romantis menyambut Aidilfitri bersama isterinya.
Rakaman video dia dan isteri berpegangan tangan sambil diserikan dengan lagu Janam Janam dan bait-bait kata romantis cukup menyentuh hati.
Jelas Ebit, isterinya sentiasa ada di sisi pada setiap saat diperlukan dan kerana doa wanita itulah dia terus gagah berjuang menyebarkan kebaikan.
“Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer.
“I love u bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa..bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini. .
Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku. Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri.
“Ya Allah betapa diriku menyayangi bidadariku ini. Sayangilah dirinya. Jaga,sihat,beris sentiasa cantik menawan dihatiku. Senyuman dan wajah yang menguatkan perjuangan ini. Tangisan dalam doa menjadi asbab kaki ini terus berjuang. I love u bidadariku. I miss sayang bidadariku-ebitlew,” kongsinya.
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.
Aliff, 33, menerusi sidang menjelaskan, dirinya turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.
“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.
“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.
“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya.
Penyanyi Bobo Di Mana ini menjelaskan isu yang terkait menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara.
Jelasnya lagi, video yang dikongsikan di Facebook itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.
“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.
“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” terang Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.
Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.
Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.
Ali bagaimanapun memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Pelawak itu sebelum ini turut melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang berlaku.
Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...