Berita

Siti Jamumall & Aiman Jawab Gelaran ‘Pengantin Sampah’, Rela Labur RM200,000 Buat Majlis Sanding

Share

Gelaran ‘pengantin sampah’ yang dilempar netizen kepada pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah langsung tidak memberi kesan.

Sebaliknya, mereka saling bahagia dan melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni meski tidak terlepas daripada kecaman ramai, lebih-lebih lagi sejurus berita pernikahan mereka di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu mencetuskan tular di media sosial.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan ini juga turut menjadi bualan apabila kira-kira 5,000 tetamu hadir bagi meraikan hari bahagia termasuk sambutan ulang tahun kelahiran Siti Jamumall, semalam.

Menerusi majlis yang diadakan di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, itu, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah tampil dengan gimik lakonan semula kisah hidup mereka yang dianggap ‘sampah’ oleh netizen.

Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 25, gimik tersebut memang dirancang sebagai atur cara dalam majlis resepsi supaya dapat membuka mata masyarakat‬ bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.

“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya.

Siti Jamumall pada masa sama bersyukur apabila ramai yang hadir selain ada yang menitipkan doa kebahagiaan kepada dia dan suami.  

“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.

“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.

“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja.

@mediahiburanofficial Tumpang happy bila akhirnya pempengaruh, Siti Jamumall menemui kebahagiaan. Tampak gembira di majlis resepsi perkahwinannya bersama lelaki pilihan hati.#MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Ditanya mengenai kos majlis secara keseluruhan, ini jawab Siti Jamumall ringkas;

“Sekitar RM200,000 dan kalau ditambah dengan nilai tajaan, boleh cecah lebih RM300,000.”

Selain tarian tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH