Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya, pada Isnin.
Perkara tersebut dimaklumkan Siti Jamumall menerusi hantaran terbaharu di akaun media sosial miliknya menerusi beberapa keping foto dan video.
Dia bagaimanapun kini stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital dan sudah boleh berkongsi situasi sebenar yang menimpa.
”Secara asasnya, apa yang jadi saya mengalami kemalangan.
“Saya accident motorsikal. Daripada Shell Setia Alam tu, saya nak menghala ke Shah Alam sewaktu nak pergi bermain futsal.
“Saya dapat tahu motorsikal yang saya bawa tu, tak ada brek. Ia bukan kepunyaan saya, motorsikal itu milik pemandu saya.
“Tak jadi cerita… saya pergi sendiri tanpa dihantar oleh pemandu. Jadi saya terjatuh. Saya tunggang motorsikal itu seorang diri.
“Di laluan corner tak dapat brek, hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan. Motorsikal himpap saya, mulut berdarah. Bleeding banyak.
“Tapi alhamdulillah tiada apa yang teruk pun. Syukur sangat. Jari patah dan alami luka-luka,” katanya menerusi video.
Serentak dengan perkongsian kisahnya itu, rata-rata warganet turut bersimpati dan mendoakan agar Siti Jamumall segera sembuh selain dipermudahkan urusan.
Sebelum ini, Siti Jamumall pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini