Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan mengenai perkongsian yang pernah dilakukannya sebelum ini berkenaan hubungan rapat yang pernah terjalin bersama bekas rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.

Menurut Siti Nordiana atau Nana, dia tidak berniat untuk kembali membuka cerita lama.

Sebaliknya, penyanyi lagu Amaran itu hanya menjawab soalan yang ditanya oleh penyampai radio ketika memenuhi undangan ke konti, baru-baru ini.

“Sebenarnya, ceria tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.

Ads

“Sebab saya sendiri pernah kongsinya dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada MH.

Siti Nordiana Perjelas Perkongsian ‘Hubungan Cinta’ Dengan Arwah Achik Spin, Magis Lagu Duet BerduaSiti Nordiana Perjelas Perkongsian ‘Hubungan Cinta’ Dengan Arwah Achik Spin, Magis Lagu Duet BerduaSiti Nordiana Perjelas Perkongsian ‘Hubungan Cinta’ Dengan Arwah Achik Spin, Magis Lagu Duet Berdua

@mediahiburanofficial Sudahnya semua kena buat kerja balik, penangan Cinta Tersimpul Rapi daripada Siti Nordiana. Scene Nabil yang tak tahan tu! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan


Dalam pada itu, Nana tidak menafikan arwah merupakan rakan duet yang paling serasi dengannya.

Ads

“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat.

“Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.

Ads

“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI