MH pasti ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya beberapa hari lalu.
Ramai yang gembira di atas kelahiran puteri sulung Siti, namun dalam kegembiraan itu ada pula isu yang mendapat perhatian ramai apabila gambar anak kepada Siti tersebar di media sosial.
Rata-rata peminat kepada penyanyi nombor satu ini naik berang dan marah dengan penyebar gambar tersebut.
Semalam jurusolek yang menyebarkan gambar anak Siti telah pun memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.
Dalam pada itu menurut satu sumber, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K, telah memaafkan individu yang menyebarkan gambar anak mereka.
“Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda,” kata Datuk K kepada Mstar Online.
MH harap perkara yang terjadi ini dapat dijadikan iktibar kepada semua orang. Sebagai manusia kita harus menghormati privacy orang lain.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI