Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia mengalami simptom long covid selepas dijangkiti wabak tersebut sebaik pulang bercuti dari London, United Kingdom.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dia kerap mengalami batuk-batuk namun bersyukur ia tidak mengganggu dalam setiap persembahan pentas yang dilakukannnya.

Ia termasuk pada showcase Queen Of The Night With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Siti Nurhaliza Dedah Simptom ‘Post-Covid’; “Bila Nak Nyanyi Pandai Pula Dia, Bila Habis Terus Batuk.”

 

“Ia terjejas daripada segi saya batuk-batuk tapi saya cubalah buat macam-macam… (untuk atasi batuk). Ini antara simptom post-covid yang paling ramai orang lalui.

Ads

“Macam Aafiyah dia masih lagi batuk-batuk tapi Alhamdulillah kami tidak mengalami simptom teruk.

“Saya pun dah berjumpa doktor tapi ia tidak menjejaskan nyanyian saya, itulah saya cakap bila nak nyanyi pandai pula dia ya, bila dah habis (nyanyi) terus batuk,” katanya kepada MH.

Siti Nurhaliza Dedah Simptom ‘Post-Covid’; “Bila Nak Nyanyi Pandai Pula Dia, Bila Habis Terus Batuk.” Siti Nurhaliza Dedah Simptom ‘Post-Covid’; “Bila Nak Nyanyi Pandai Pula Dia, Bila Habis Terus Batuk.”

Ads

Menerusi showcase amal itu, Siti telah mendendangkan seleksi hampir 20 buah lagu popularnya untuk menghiburkan 600 peminatnya yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, asnaf dan anak yatim.

Sementara itu, Siti juga berkata tidak menolak sekiranya ada mana-mana penaja yang berbesar hati untuk menaja konsertnya untuk dijayakan secara percuma buat peminat yang setia menyokong kerjayanya sejak hampir tiga dekad lalu.

Siti Nurhaliza Dedah Simptom ‘Post-Covid’; “Bila Nak Nyanyi Pandai Pula Dia, Bila Habis Terus Batuk.” Siti Nurhaliza Dedah Simptom ‘Post-Covid’; “Bila Nak Nyanyi Pandai Pula Dia, Bila Habis Terus Batuk.”

Ads

“Siapa yang tak nak (buat konsert percuma) kalau ada penaja yang besar, sudah tentulah saya nak. Artis mana-mana pun itu salah satu daripada offer yang kita nantikan.

“Kalau ada company besar nak jadi penaja buat konsert percuma yang macam saya pernah buat sebelum ini, saya terima dengan hati yang sangat terbuka,” katanya lagi.

Siti sekali lagi akan menjayakan persembahan berskala besar pada 5 dan 6 November ini bersama Datuk Awie menerusi konsert Music of the Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang di Plenary Hall, KLCC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI