Konsert Satu Suara Vol.3 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada malam Sabtu ternyata meninggalkan 1001 kepuasan buat 4,000 peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selain Siti, konsert amal itu turut dijayakan dua penyanyi yang datang dari era berbeza iaitu vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay dan Ernie Zakri.
Usai ditemui sebaik selepas menjayakan persembahan, Siti berkata dia sangat terharu dengan sambutan yang diberikan malah berterima kasih kepada semua pihak yang membeli tiket sekaligus memberikan sumbangan bagi meneruskan kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diasaskan olehnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Alhamdulillah apa yang digambarkan saya untuk konsert ini akhirnya dapat diterjemahkan dengan baik.
“Bukan sahaja daripada segi pemilihan penyanyi malah pemuzik pun kita titikberatkan agar dapat memberikan yang terbaik untuk konsert amal ini.
“Kalau tengok, memang ada banyak visual (video) mengenai aktiviti yayasan, sebab saya nnak orang tahu yang konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana dan saya sangat berterima kasih termasuk kepada syarikat korporat yang turut sama menyumbang,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai jualan tiket yang dikatakan agak perlahan, Siti menjelaskan dia sedia maklum mengenai hal itu namun percaya ia bakal sold out menjelang konsert tersebut.
Ads
“Saya memang dah agak sebenarnya sebab saya faham juga ramai yang masih beraya, buat persiapan untuk raya.
“Tapi saya percaya tiket last minit orang akan beli juga dan memang terbukti pun. Alhamdulillah full house untuk malam ini.
“Kita pun ada kelebihan abang Jay Jay malam ini, kita dapat tengok legend perform.. (aura) legend ni lain sikit.
“Selain Ernie yang memang kita tahu kekuatan vokal dia serta mempunyai kelompok peminat yang ramai,” kata Siti lagi.
Ads
Dalam konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, pelbagai seleksi lagu dipersembahkan oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut antaranya Jay Jay mengimbau semula kenangan dengan lagu-lagu popular Carefree seperti Belaian Jiwa, Dendangan Laguku dan Rindu Bayangan yang membuatkan satu arena gempita dengan nyanyian ‘sing along’ daripada penonton.
Ernie pula mempamerkan kemantapan vokal dengan lagu-lagu hitnya seperti Boneka, Ku Bersuara dan Korban.
Menariknya, menerusi konsert ini, Siti secara eksklusif buat pertama kalinya menyanyikan single terbaharunya berjudul, Sehebat Matahari.
Ads
Lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Rozi Razak itu akan dikepilkan dalam album terbaharunya yang bakal diluncurkan pada hujung tahun ini.
Selain Sehebat Matahari, Siti turut mendendangkan lagu Kesilapanku Keegooanmu, Wajah Kekasih serta Siti Situ Sana Sini.
Menutup tirai konsert, ketiga-tiga mereka kemudian bergabung menghadiahkan peminat dengan alunan lagu raya, Hari Raya Bahagia dan Nazam Lebaran.
Konsert Satu Suara Vol. 3 ini dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad mendedahkan dia bakal mengetahui keputuan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa ‘melepaskan’, pada esok.
Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengenai situasi dirinya kini yang sedang hamil anak keenam dengan usia kandungan mencecah dua bulan.
Menurut Rebecca, 36, atau sinonim disapa sebagai Mummy Becca, kesemua lima anaknya sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tgggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.
“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya serta bayi yang sedang dikandung, Becca akui situasi yang dialami menyebab dia kini dalam dilema.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya lagi.
Malah, Becca mendedahkan dia tidak pernah merancang dalam soal cahaya mata, sebaliknya percaya dengan rezeki Allah SWT.
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira. Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya.
Terdahulu, Becca berkahwin dengan suami Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, 14, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Alif Al-Raffael, 6, Nor Ahmet Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua tiga hari kebelakangan ini, lensa hiburan tanah air tertumpu kepada video mesra yang didakwa mirip pelakon, Syafie Tee dengan seseorang yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya.
Sehingga ke hari ini, Syafi, 29, masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan dirinya itu sebaliknya, bapanya, pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ada mengeluarkan respon balas terhadap isu melibatkan anak keduanya itu.
Susulan respon tersebut, ramai netizen turut mengecam pendakwah tersebut susulan hal terbabit.
Lalu, rapper Caprice yang dikenali sering melontarkan pandangannya berhubung isu semasa, tampil membidas sikap sesetengah netizen yang gemar menghakimi seseorang individu itu berdasarkan kesilapan orang lain.
“Video panas Syafi Tee, Ridhuan Tee akui diri tidak sempurna.
“Cap (Caprice) tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm takkan buat dosa.
“Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm takkan buat jahat,” kata Caprice menerusi perkongsian video di laman Instagramnya.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli 34, lagi tiada manusia yang sempurna dan tidak berbuat salah sebaliknya dia percaya semua ibu bapa sudah cuba memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
“My point is, tiada siapa dekat muka bumi ini yang sempurna dan saya yakin ibu bapa akan sentiasa bagi terbaik untuk anak-anak mereka.
“Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap.
“Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Syafi Tee hangat diperkatakan selepas sebuah videonya bercium mulut dengan seorang wanita tular di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Caprice, Syafi Tee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...