Siti Nurhaliza Kagum Keperibadian Adibah Noor ; “Sangat Disenangi, Suka Berjenaka, Tak Lokek Ilmu…”

Share

Pemergian penyanyi Adibah Noor turut dirasai penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai rakan seperjuangan dalam industri seni.

Menurut Siti, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat disenangi selain tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu.

“Salam Takziah buat keluarga arwah Kak Adibah Noor.

“Sepanjang mengenalinya, arwah seorang yang sangat disenangi, suka berjenaka, tak lokek ilmu, merendah diri dan penghibur sejati.

“Saya selalu kagum bila dengar arwah bercakap apatah lagi bila menyanyi.

“Bila dalam satu majlis, saya akan sentiasa ternanti-nanti nyanyian arwah… istimewanya arwah,” tulis Siti menerusi laman Instagramnya.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.

Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 sejak tiga bulan lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada jam 11.30 pagi Ahad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. 

Foto:  Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Published by
Juliana Johar