Beberapa hari sahaja lagi menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan saingan terbuka buat semua penyanyi yang bertanding tahun ini.

Menurut Siti, kesemua peserta mempunyai peluang sama rata dan tinggal lagi mereka perlu membuktikan kemampuan masing-masing pada acara muzik berpestij itu Ahad ini.

Siti Nurhaliza Ramal Peluang Terbuka Di AJL39, Tunggu Persembahan Aina Abdul, Nadeera, Marsha & Hafiz Suip

“Saya tak tahu nak jawab macam mana. Kita memang kena duduk dan dengar lagu-lagu tersebut. Barulah kita boleh tahu kemampuan masing-masing. Ada beberapa lagu yang saya belum familiar. Mungkin ada yang terlepas.

“Namun, antara pencabar yang popular, saya rasa anda juga sudah mengetahuinya. Untuk AJL ini, juri-juri profesional yang memilih. Mereka ada cara yang sendiri.

“Kalau dahulu, pemenang AJL telah dipilih dan dinilai lebih awal. Cuma pemenang persembahan terbaik dan vokal terbaik kita kena tonton pada malam itu nanti,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Kau Kekasihku itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelakancaran produk terbaharu Simplysiti dan kempen Ramadan Setuja Kasih yang berlangsung di Restoran Locarasa, Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ads

Penyanyi-Penyanyi Di Liga Sendiri

Dalam pada itu, Siti turut mengakui dia juga tidak sabar untuk menyaksikan persembahan-persembahan terbaik yang akan ditunjukkan oleh peserta-peserta favourite pada malam kemuncak AJL39 nanti.

Siti Nurhaliza Ramal Peluang Terbuka Di AJL39, Tunggu Persembahan Aina Abdul, Nadeera, Marsha & Hafiz Suip

“Dari sudut persaingan, sudah pasti kita menantikan penyanyi-penyanyi yang berada di liga mereka sendiri seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini, Marsha dan Hafiz Suip.

“Kesemua mereka mempunyai suara-suara yang dasyat. Segalanya bergantung kepada persembahan malam itu nanti. Ada diantara penyanyi yang akan menukar arrangement dan mood lagu.

“Jadi, nyanyian mereka akan menjadi lebih besar dan power. Nama-nama yang saya sebut ini mereka berpeluang cerah,” ujarnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Siti akui teruja melihat sambutan yang ditunjukkan oleh setiap peminat mengenai artis-artis kesayangan mereka yang akan bertanding di AJL39 nanti.

Siti Nurhaliza Ramal Peluang Terbuka Di AJL39, Tunggu Persembahan Aina Abdul, Nadeera, Marsha & Hafiz Suip

“Saya ada melihat undian yang dibuat oleh pihak TV3 untuk kategori vokal terbaik pilihan peminat. Ramai yang memilih Aina. Kita pun tak tahu apa yang boleh berlaku nanti.

“Segalanya merupakan rezeki masing-masing. Siapa yang berikan yang terbaik menerusi lagu, mereka berpeluang cerah

Ads

Terdahulu, Siti telah memperkenal rangkaian produk inovatif yang direka khas untuk memperkayakan rutin kecantikan buat para wanita seperti, Bio Ceramide Moisturiser, Bio Radiance Exfoliant Pad, Glossify Liquid Lipstick, Glamz Glow On Mini Makeup Set dan Oud Blossom Body Lotion & Eau de Parfum.

Siti Nurhaliza Ramal Peluang Terbuka Di AJL39, Tunggu Persembahan Aina Abdul, Nadeera, Marsha & Hafiz Suip

Malah, bersempena bulan Ramadan, SimplySiti memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih, yang menggalakkan pembelian sambil beramal.

Siti Nurhaliza Ramal Peluang Terbuka Di AJL39, Tunggu Persembahan Aina Abdul, Nadeera, Marsha & Hafiz Suip

Bagi setiap produk SimplySiti yang dibeli melalui semua platform atas talian, RM1 akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI