Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan keterbukaannya terhadap cadangan Suria Records (SRC) untuk komersialkan semula 11 lagu yang pernah dirakamkannya ketika masih bersama syarikat rakaman tersebut.
Bagaimanapun, Siti menjelaskan, sebarang keputusan perlu melalui perbincangan terlebih dahulu agar ia memberikan manfaat kepada semua pihak.
“Dalam rakaman-rakaman saya bersama SRC sebelum ini, kita memang rekod lebih cuma selepas saya keluar SRC, saya bergerak di bawah naungan syarikat saya sendiri, jadi kita sudah tidak bercakap soal itu.
“Lalu bila saya baca balik berita mengenai perkara ini di media sosial, saya akui memang ada lagi lagu saya di SRC, cuma kami belum ada perbincangan dengan lebih terperinci mengenai perancangan untuk mengeluarkan lagu-lagu tersebut.
“SRC pun sudah seperti keluarga saya, kita boleh duduk berbincang lebih baik.
“Kalau perancangannya bagus, mengapa tidak. Saya melihat juga apa kebaikan yang boleh diberikan kepada kedua-dua belah pihak. ‘Win-win situation’ itu kena ada,” katanya.
Ads
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu runut bunyi dan muzik video filem Telaga Suriram berjudul Sesal di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Isnin.
Fokus Album Tradisional Dulu
Siti turut memaklumkan, 11 lagu yang belum pernah dikeluarkan itu merangkumi pelbagai genre termasuk balada dan tradisional.
“Dalam tahun ini saya memang ada perancangan untuk keluarkan album tradisional dan kita sudah mulakan prosesnya.
“Jadi saya mesti kena siapkan sebab ia di bawah Siti Nurhaliza Legacy (SNL), dan kami dapat dana dari MyCreative Ventures Sdn Bhd. Perlu dilancarkan sebelum Disember ini.
“Jadi saya kena ikut jadual yang ditetapkan, dan saya kena siapkan juga album tradisional itu. Sebelum Disember ini saya kena lancarkan juga dan saya pun ada konsert juga dan sebagainya. Tapi kita boleh berbincang,” ujarnya lagi.
Ads
Tiada Halangan Lagu Diberi Kepada Penyanyi Lain
Dalam masa sama, Siti juga tidak menolak jika pihak SRC ingin memberikan lagu-lagu berkenaan kepada penyanyi lain untuk dirakamkan.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan keputusan tersebut adalah hak milik sepenuhnya SRC.
“Sudah tentu boleh kalau artis lain nak merakamkan lagu itu. Saya tiada halangan sebab ia hak SRC, kalau dia nak bagi artis nyanyi, tiada masalah sebab ia bukan kawalan saya,” katanya.
Ads
Terdahulu, Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan memaklumkan syarikatnya tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkan baki lagu yang pernah dirakamkan Siti ketika masih bersama label itu.
Namun Edwin berkata, pihaknya perlu mendapatkan kebenaran daripada Siti terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Untuk rekod, Siti mula bernaung di bawah SRC selepas menjuarai Bintang HMI 1995 dan telah menghasilkan 11 album studio bersama syarikat itu.
Album terakhirnya bersama SRC adalah Prasasti Seni, yang diterbitkan pada 2004.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Gaga berjaya merangkul Oscar menerusi Lagu Original Terbaik, Shallow. Meskipun tewas dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik kepada Olivia Colman menerusi filem The Favourite, namun persembahan ikonik Shallow bersama Bradley Cooper turut menjadi perhatian, ibarat ‘pemenang’ utama di hati peminat.
Muncul secara mengejut daripada tempat duduk ke atas pentas tanpa sebarang pengumuman, persembahan ini mendapat pengiktirafan tertinggi daripada peminat.
Tepukan bergema walaupun kedua-duanya sudah pulang ke tempat duduk masing-masing.
Untuk pertama kalinya juga, tiada pengacara untuk mengendalikan anugerah, sebaliknya majlis dilangsungkan dengan kesinambungan persembahan nyanyian dan monolog seterusnya kepada pengumuman pemenang.
Jom kita lihat senarai pemenang tahun ini.
Pelakon Lelaki Terbaik – Rami Malek (Bohemian Rhapsody)
Pelakon Wanita Terbaik – Olivia Colman (The Favourite)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mahershala Ali (Green Book)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Regina King (If Beale Street Could Talk)
Lagu Original Terbaik – Shallow (A Star Is Born) muzik dan lirik oleh Lady Gaga, Mark Ronson, Anthony Rossomando and Andrew Wyatt
Filem Animasi Terbaik – Spider-Man: Into the Spider-Verse
Filem Terbaik – Green Book
Foto – CNBC, Instagram The Academy, Cosmopolitan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Oh yes! Berita baik buat peminat kumpulan kpop terkenal, Blackpink yang telah pun mengumumkan BLACKPINK Live In Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam!
Meski sebelum ini sudah ada ura-ura membayangkan kumpulan berkenaan bakal menghiburkan para peminatnya di negara ini, namun pengumumannya yang telah pun diadakan semalam anjuran MaxPiero, kini korang boleh melihat mereka beraksi di depan mata sendiri.
Jualan tiket akan bermula pada 12 Disember 2018 pada jam 12.00 tengahari menerusi laman web mereka.
Apapun, ini dia harga tiket yang ditawarkan iaitu RM373 bagi Green Zone sementara BLINK Zone berharga RM693 untuk satu tiket. Harga mengikut zon ialah;
RM373 (Green Zone)
RM483 (Purple Zone)
RM573 (Yellow Zone)
RM673 (Red Zone)
RM693 (BLINK Zone)
So, korang dah ready belum nak rasai gegaran Blackpink? Nak beli harga tiket yang mana satu?
Foto: carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teruja sambut lebaran pertama kali sebagai pasangan suami isteri, penyanyi Haqiem Rusli dan cinta hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri juga kini menghitung hari untuk terbang ke Turki.
Kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-33 itu, mereka akan terbang ke lokasi berbulan madu pada raya ke sembilan sekaligus mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
“Tahun ini, saya dan isteri sepakat beraya di Hulu Langat, Selangor. Selepas berbincang, kami akan terbang ke Turki selama dua minggu.
“Sepatutnya bulan Mac lalu kami sudah ke sana, tapi isteri pula kena COVID-19. Jadi ia ditunda. Selepas kahwin, kami hanya sempat ke Port Dickson saja,” kata Haqiem.
Justeru, penyanyi lagu Mimpi itu dan isteri mahu memanfaatkan raya pertama dan kedua sebaik mungkin.
Pasangan muda ini berkahwin pada 19 November tahun lalu.
“Perasaan berbeza dan membahagiakan juga kerana merasai nikmat beraya dengan status suami. Kebetulan mak dan ayah isteri saya pun rapat dengan keluarga, jadi mereka pun turut beraya sama di Hulu Langat.
“Tambahan ibu dan bapa mentua tinggal di Setapak, jadi ia memudahkan perancangan kami. Semakin riuh juga kerana 10 adik beradik ibu saya pun akan datang beraya. Baju raya pun tetap bertema dan sedondon macam saya hidup bujang dulu,”katanya lagi.
Bercakap soal cahaya mata, pemilik restoran steam boat, Santhai Village itu memaklumkan isterinya belum berbadan dua.
“Soal anak belum ada rezeki lagi. Masih merancang, tapi kami tak tolak rezeki. Kami seboleh-bolehnya nak nikmati momen berdua dan mengukuhkan keserasian.
“Ada waktu bersama, kami masak bersama di dapur contohnya. Ikutkan usia saya baru 24 dan isteri, 20, itu masih terlalu muda. Tapi kami bersedia nak lalui fasa hidup dengan anak.
“Cuma tak mahu tergesa-gesa. Biarlah relaks setahun lagi. Mungkin tahun depan, boleh berusaha ke arah itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Haqiem turut merancang untuk menghasilkan lagu baharu.
“Selepas lagu Hitam Saksi Putih yang saya dedikasikan isteri, karya seterusnya berjudul Aku Hati Perasaan akan dilancarkan selepas raya nanti.
“Lagu ini sebenarnya saya peram sejak empat tahun lalu. Ia berkonsepkan pop balada dengan sedikit sentuhan Brit Pop seperti karya nyanyian kumpulan seberang, Noah.
“Lagu ini mengenai soal perasaan yang ditujukan kepada sesiapa yang pernah menyakiti hati saya. Ia ditujukan secara rawak sama ada kepada kawan mahupun netizen. Liriknya bercerita fasal insan yang tak ‘ngam’ dengan kita,” katanya.
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...