Wow, nampaknya semakin bertambah rezeki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila telah disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali yang ketiga.

Menerusi senarai edisi 2016, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu, sekali lagi meletakkan nama Siti dalam kategori seni dan budaya.

Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Paling Terpengaruh

Dalam masa sama, Siti turut memuat naik luahan rasa syukur dan berbesar hatinya apabila tercalon. Dia juga mengucapkan tahniah buat penyanyi lelaki, Hafiz Hamidun yang turut tercalon bersamanya.

“Alhamdullillah.. Semoga Allah SWT sentiasa beri hidayah pada ku menjadi hambanya yang lebih baik. Tahniah juga buat @hafizhamidun.” Ujarnya.

Ads

Ruangan komen di Instagram Siti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 4 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat dirinya.

Perkongsian pelantun lagu Mikraj Cinta itu telah menerima lebih daripada 10,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata ia merupakan rezeki anaknya.

Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Paling Terpengaruh

Ads

Menerusi sebuah portal online, Siti berkata ia merupakan penghormatan besar buat dirinya apabila tersenarai bagi tahun yang ketiga.

“Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.

 

 
“Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.

 

“Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua,” kata Siti.

Malah, Siti juga berkata semua ini adalah berkat usaha serta sokongan insan yang menyayangi dirinya termasuklah para peminatnya.

Selain itu, Siti juga diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet menerusi lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan yang berjudul Seluruh Cinta.

Ads

Oktober lalu juga Siti diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Dirgahayu, duet bersama Faizal tahir.

Perkembangan kemahilannya yang kini yang memasuki usia lima bulan, Siti bersyukur apabila dirinya diberikan kesihatan yang baik.

Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Paling Terpengaruh
 

“Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah,” katanya ringkas.

Sumber : Instagram ctdk, Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI