Categories: Uncategorized

Siti Saleha Fokus Majlis Kahwin, Tolak Berlakon

Share

Heroin drama 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Justeru tidak hairanlah jika ketika ini dia begitu sibuk untuk menguruskan berkenaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.

Oleh itu, Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan ini bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan perkahwinannya.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

 

“Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia banyak menghabiskan masa untuk pastikan majlisnya nanti berjalan dengan lancar dan dia juga turut gementar kerana majlisnya itu bakal berlangsung sebulan selepas raya.

“Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.

 

“Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini,” katanya.

Insya-ALLAH segalanya akan berjalan dengan lancar. Jangan gementar ye Saleha, semoga segala persiapan dapat diselesaikan dengan rapi dan teratur.

Sumber: Astro Gempak

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

Published by
Izzati Ramli