Selepas dinobatkan naib juara Gegar Vaganza ke-3 (GV3) lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin kini kembali menyinar.

Lagu-lagunya juga kembali menjadi siulan dan memberi impak positif terhadap kerjaya seninya.

Bintang kelahiran Ipoh, Perak ini menyifatkan bertuah dan berhasrat tidak mahu statik dengan apa yang diterimanya kini.

Justeru, Sarah nekad mahu sentiasa cantik dan yakin bagi memastikan dia kekal relevan dalam industri.

Siti Sarah Diet Atas Nasihat Doktor

Ketika ditemui di majlis Berbuka Puasa dan Rakaman Program Muzik-Muzik Raya di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini, Sarah akui dia lebih kurus sebagai persediaan kembali dalam seni, sementelah single terkininya akan dilancarkan selepas hari raya nanti.

Ads

“Memang single ni belum ada judul dan ambil masa agak lama untuk disiapkan sebab saya nak yang terbaik.

 

“Kalau nak diikutkan, sebaik tamat GV3, kita dah lancar single sebab masa tu fenomena GV3 masih panas. Tapi saya mahu single ni berkualiti. Jadi tak kisah kalau perlu ambil masa panjang nak lancarkan.

 

“Lagipun peminat mesti nak tengok saya keluar dengan single yang benar-benar ‘umphh’,” katanya kepada Media Hiburan.

Gementar, tertekan masuk studio

Berkongsi pengalamannya selepas lebih tujuh tahun tidak masuk studio, Sarah akui, dia gemuruh dan tertekan.

Kata Sarah, perasaan gementar mendominasi diri mungkin disebabkan itu lagu pertama selepas program GV3.

Ads

“Apa pun, saya tak nak fikir sangat soal remeh-temeh bila rakam lagu. Saya cuba cari momentum tu, Alhamdulillah, berjalan lancar,” katanya.

Berkali-kali Sarah mengulangi dia mahu melakukan yang terbaik untuk peminat dan mengharapkan kejayaan single ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Baba.

“Tapi pada masa sama, saya teruja juga, tak sabar nak hadiahkan lagu baru untuk peminat. Sabar okay,” ujar Sarah yang sebelum ini cukup popular dengan lagu Kesetiaan dan Saat Hilang Cintamu.

Amal diet seimbang

Berbalik kepada sisi fizikalnya yang semakin kurus sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelawak Shuib ini menambah, selain mahu tampak menarik di mata peminat, dia juga kian mengambil berat soal kesihatan.

Ads

Siti Sarah Diet Atas Nasihat Doktor

Tambah Sarah, ramai peminat dan rakan yang menegur tetapi dia menepis kurusnya bukan kerana tidak sihat sebaliknya mengamalkan diet seimbang.

Perkara itu lebih serius selepas ibunya meninggal dunia akibat kencing manis.

“Lagipun sejak mengeluarkan jenama kesihatan sendiri iaitu MonstaFit, sudah tentulah saya sendiri perlu miliki tubuh badan ideal.

 

“Paling penting, kita juga kena tahu apa yang do and don’ts dalam pemakanan. Kurus sangat pun tak elok juga,” jelasnya.

Menurut Sarah, dia mengamalkan diet atas nasihat doktor dan bukan ‘main hentam’.

“Selain itu, saya pun kenalah tampak segar dan relevan,”akui Sarah yang teruja sambut raya di ruang kediaman baru.

Sempena hari raya nanti, Sarah bersyukur kerana rezekinya kini semakin melimpah dan mereka baru sahaja membaiki ruang kediaman.

“Jadinya bolehlah dikatakan kami akan sambut raya dengan dekorasi rumah yang lebih selesa,” tutur Sarah yang turut menggunakan khidmat pereka, Shanel Harun untuk mereka pakaian lebarannya sekeluarga yang juga sedondon tahun ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI