Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin memuat naik foto lama yang mengenang saat suaminya, Shuib yang sukses melakar nama dalam ‘The Malaysia Book Of Records’ pada tahun 2018.
Memori indah dua tahun lalu itu menyaksikan penyampai radio dan pelawak tersebut mencipta rekod tersendiri apabila berjaya dalam cabaran ‘Most Number Of Bees On Human Body (Male) dengan meletakkan 340,000 ekor lebah di badan.
Acara anjuran Madu Tiga Sdn Bhd, di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka itu turut disertai seorang lagi pelakon, Pablo Amirul.
Sarah memuat naik memori tersebut di Instagram sambil menyatakan kapsyen perihal kejayaan.
Kongsi ibu kepada tiga orang anak ini, bukan satu perkara mudah untuk mencapai kejayaan, tidak kira dalam apa jua yang dilakukan.
“Shuib semasa melakar nama the malaysia book of record’s the most numbers of bees on human body (male).
“Dalam menuju kejayaan pasti ada risiko, kejayaan tidak seindah apa yg kita lihat setelah seseorang itu berjaya.
“Dont give up guys,” tulisnya pada Isnin.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Siti Sarah