
Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sebelumnya, penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.
Suaminya juga bekas penyampai radio, Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.
“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.
“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepas dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.
Sementara itu menerusi posting terkini Shuib di Instagram, dia memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri dan mohon ramai untuk menitipkan doa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Peralatan & Lokasi Dah Bayar Semua, Ini 1 Juta Punya Projek,”- Tarik Diri Sehari Sebelum Pengambaran, A. Aida Saman Amelia Handerson & Idris Khan

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida bakal mengambil tindakan tegas untuk menyaman dua pelakon popular, Idris Khan dan Amelia Handerson ekoran melanggar kontrak penggambaran drama terbitan A. Aida Production (AAP) berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ di saat-saat akhir.
Menurut Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 52, dua pelakon tersebut sepatutnya menjalani penggambaran 16 Jun lalu namun,mereka mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin pada malam 15 Jun.
“Ini kali ke-3 saya ‘dikencing’ oleh hero dan heroin saya. Sebelum ini saya tak ambil tindakan tetapi kali ini keputusan mereka sangat last minute.
“Kontrak dengan Amelia kita sign dari bulan lima sebab saya tahu mencari watak hero dan heroin ni sangat susah. Kedua-dua pelakon dah pun mengambil jumlah bayaran sebanyak 5%.
“Paling saya tersentak bila Idris beritahu dia ambil drama ni sebab Amelia jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama. Mengarut, sangat tak profesional.
“Nak pujuk tu tidaklah, no way. Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang diorang tak mahu. Masa skrip reading datang, dah briefing karakter bukan main, lagipun kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini 1 juta punya projek,” katanya kepada MH.
Aida ketika ditemui hadir bersama pengarah Riza Baharudin dan peguam daripada syarikat guaman Zulpaldi & Edham, Ashmadi Othman dalam majlis sidang media yang diadakan di Restoran Rebong, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Riza turut menambah, dia sebenarnya sudah cuba untuk memujuk Idris dan Ammelia namun, panggil tersebut tidak berbalas.
“Ikutkan masa pembacaan skrip, dua-dua berminat. Tapi bila pihak Amelia kata skrip tersebut tak memenuhi kehendak dia, dia tarik diri. Saya cuba untuk pujuk tapi bila orang dah tak mahu, saya tak boleh nak buat apa,” katanya.
Menurut Asmadi pula, surat saman telah pun dikeluarkan pada tiga hari lalu bagi membicarakan mengenai soal tuntutan.
“AAP dan pihak kami mengambil langkah pantas dengan mengemukakan surat pada hari Rabu lepas.
Surat tu dalam perjalanan sekarang dan pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan telah mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” jelasnya.
Pada masa sama, Aida turut memberitahu, dia sebagai Timbalan Presiden Persatuan Penerbit TV juga tidak akan teragak-agak untuk mengusulkan cadangan agar dua pelakon ini disenarai hitamkan.
“Saya mungkin akan arahkan kepada ahli-ahli saya yang seramai lebih 1000 orang itu untuk blacklist artis-artis sebegini. Mereka menyusahkan kita sebagai produser.
“Amelia tu nama dia meletup sebab drama saya kot, Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya, daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu, satu.
“Saya tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaki Tangan, Yang Menyorok Semua Ada,” – Datin Zizie Izette Mengaku Jenuh Nak Berfoto Sama Anak-Anak

Beberapa keping foto yang dikongsi di laman Instagram sudah cukup menggambarkan kesukaran merakamkan momen indah bersama lima anaknya.
Lebih melucukan, di sebalik gambar pegun yang dimuat naik itu, sebuah video di balik tabir memperlihatkan bagaimana sukarnya membariskan lima beradik ini untuk beraksi di depan lensa kamera.
“I dont usually post pictures like these (senget, x center, berterabur) coz I’m quite a perfectionist or a little OCD tp itulah, xde satu pun gambar kenangan yg cantik utk di post.
“Nak ambik banyak2 kali sampai puas hati anak2 pulak meragam nanti. So what u see is what u get.
“On a different note, Melaka dah best skrg x mcm dulu. Dah bnyk berubah,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Terhibur dengan perkongsian isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen.
Pasangan ini berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.
Foto : Instagram Zizie Izette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hampir Lahir Tahun 2020, Tapi Tak Jadi,”- Yatt Hamzah Selamat Bersalin

Menjadikan penutup tahun 2019 sebagai kenangan terindah, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 Disember (Isnin) jam 6:01 petang.
Berita itu dikongsikan pelakon itu di Instagramnya.
“Assalamualaikum semua. Selamat Tahun Baru dari baby yg hampir2 lahir pada tahun baru 2020 tapi x jadi, bernama SUCI…
“Haaa agak2 nak letak nama Suci apa kali ni? By @zulfadhli_khiruddin Our little princess finally arrived. Xsmpt tggu tahun baru ye anak Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian,”tulisnya .
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah berkongsi momen selepas melahirkan anak perempuannya itu seberat 3.3kg.
Bagaimanapun setakat ini, Yatt dan suami masih belum menetapkan nama anaknya itu.
“Moment sejurus selepas melahirkan baby Suci tepat 6.01pm, 30 Dec 2019* (Ya muka Bonda selebet, tudung senget selepas menahan sakit dan meneran berjam2 tp abaikan jelah).
“TQ ALLAH utk HADIAH TERINDAH, paling bermakna, penutup 2019. Tq 2019 utk segala suka duka, bahagia derita, manis pahit, sihat sakit, bangun jatuh, terang gelap, senang susah dan luas sempit yg mengajar kami erti KEHIDUPAN.
“Ya Allah ajarkan kami erti sebenar SYUKUR. Alhamdulillah kami masih KAU berikan peluang menumpang segala PINJAMAN ini. ALHAMDULILLAH.
“TQ ALLAH..Hadiah ini terlalu istimewa. KAU terlalu baik.. Kau berikan segalanya, apa shj yg kami pinta atau tidak, KAU pasti berikan yg terbaik buat kami. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
“2020..amAyuh berjuang bersama2 kami. Rabbi Yassir Walatuassir. Bismillahirrahmanirrahim,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Yatt turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Foto: Instagramn Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI