Salah seorang mentor menerusi program muzik, Mentor Otai iaitu Siti Sarah Raisuddin mengakui dia tertekan untuk merakamkan lagu baru apabila memikirkan populariti lagu-lagu lama yang pernah dinyanyikannya.

Malah sejurus Gegar Vaganza musim ketiga lalu, tiada sebarang lagu baru yang dipromosikan penyanyi yang satu ini.

Sebaliknya, Sarah dilihat lebih senang untuk menghiburkan peminat menerusi rangkaian lagu lama daripada album terdahulu. Ditanya mengenai hal tersebut, penyanyi lagu Rembulan Di Taj Mahal ini mengakui, impak populariti lagu terdahulu sedikit sebanyak memberi tekanan buatnya untuk mencari lagu sesuai, seiring dengan cita rasa pendengar muzik lokal.

Ads

Siti Sarah Mengaku Populariti Lagu-Lagu Lamanya Buatkan Diri Tertekan Nak Rakam, Pilih Single Baru

“Saya baru saja rekod single baru. Tapi itulah sepatutnya sudah lama rakam. Namun setiap kali nak rakam, keadaan macam tak mengizinkan. Misalnya demam, selsema dan sebagainya. Pada masa sama, jadual kerja pun bertambah menyebabkan proses rakaman itu terpaksa dianjak kepada beberapa tarikh lain.

 

“Sebab selalunya, saya akan rehat selama dua hari sebelum rakam apa-apa lagu bagi mengekalkan suara dan stamina,” katanya kepada MH sejurus selesai mengadakan sesi Live FB bersama Sinar Harian, baru-baru ini.Tidak mahu menjanjikan apa-apa terhadap lagu barunya nanti, Sarah bagaimanapun mengharapkan agar ia diterima baik pendengar apabila dilancarkan tidak lama lagi.

 

“Saya tak mahulah menjanjikan bulan dan bintang untuk single baru ini. Sebenarnya bila nak rekod lagu baru, ia jadi sesuatu yang agak personal kerana saya pernah ada beberapa lagu lama yang hits. Misalnya dalam satu album, ada beberapa buah lagu yang ramai tahu. Misalnya orang masih dengar lagu Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi, Bersamamu dan sebagainya.

 

“Jadi secara tidak langsung, ia beri tekanan juga pada saya dan pihak pengurusan untuk mencari lagu yang benar-benar serasi dengan suara saya. Kalau boleh saya tidaklah mengharapkan lagu baru nanti boleh boom macam lagu sebelum ini. Memadailah andai ia diterima dengan baik,” luah Sarah. 

Siti Sarah Mengaku Populariti Lagu-Lagu Lamanya Buatkan Diri Tertekan Nak Rakam, Pilih Single Baru

Ads

Mengulas mengenai sebilangan penyanyi seangkatan yang kini giat mempromosikan single baru masing-masing seperti Alyah (Jutaan Purnama), Azharina (Cinta Terbahagi Dua) dan Liza Hanim (Mimpi), Sarah turut melahirkan rasa bangga dengan mereka.

Ads

“Pastinya saya bangga. Tetapi saya percaya kepada rezeki dan seronok bila dengar artis seangkatan saling bersaing secara sihat dengan penyanyi muda lain,” kongsinya jujur. 

Foto: Google & Instagram Siti Sarah

https://www.youtube.com/watch?v=d133JJqxHvc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI