Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Sementara itu, pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus menitipkan doa buat Allahyarhamah.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah pun meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Ads
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” katanya.
Ads
Terdahulu Sarah dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU) hospital sama susulan tahap oksigen menurun.
Ads
Dia kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan mencecah usia tujuh bulan.
Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Sarah bersama Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sembilan tahun beroperasi, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) berjaya melakar sukses apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award kategori Healthcare Integrated Private Clinic.
Kejayaan yang terus menjadi penanda aras baru itu diraih KMZ dalam sebuah acara berlangsung 24 Februari lalu di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Kian mendapat perhatian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda di negara ini, Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh pasukan kerjanya.
“Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenagadalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.
“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.
“Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZtermasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia,” katanya.
KMZ mula bertapak pada tahun 2013, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki yang membuatkan jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.
“KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.
“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.
“Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusatpemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantinserta rawatan COVID-19 swasta,” katanya lagi.
Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia di samping membantu negara dalam misi membebaskan wabak berbahaya itu.
“Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini. Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara.
“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, yang mana kami cuba meneroka sektor ‘Medical Tourism’ pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik berlaku,” katanya.
Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.
Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu
juga dilihat antara ‘agen’ KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan permainan video PUBG sehingga sanggup melanggar pendapat Mufti.
Katanya, kerana permainan video dan perkara lalai, Mufti pun menjadi bahan sindiran.
Rasa kecewa itu diluahkan oleh PU Amin di akaun Instagram miliknya.
Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.
“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.
“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.
Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.
Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.
“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.
“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.
“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.
“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.
Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...