Penyanyi Alina Hassan akui dirinya terbuka untuk kembali menghadiri uji bakat atau mengikuti mana-mana pertandingan nyanyian di negara ini dasar minat.
Menurut penyanyi berusia 57 tahun yang juga juara program Sinaran Passport Kegemilangan itu, dia juga tak pernah rasa segan melakukan pelbagai kerja halal demi rezeki kelangsungan hidupnya.
Sementara itu, Alina yang pernah memenangi tempat ketiga Mentor Otai bersama Allahyarham Siti Sarah, turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya.
Malah dia turut sebak mengenangkan keperibadian baik arwah yang pernah menaja pembedahan mata kanannya akibat katarak, beberapa tahun lalu.
Minta Doakan Siti Sarah
“Bila sebut pasal dia, saya akan sebak. Kalau buat live di ‘TikTok’, ada yang minta saya nyanyikan lagu arwah saya tak mampu nak sampaikan sampai habis.
“Masih terasa kehilangannya, kuat dia punya pengaruh dan ‘vibe’. Doakan arwah ya. Walau perkenalan kami singkat, tapi rasa hubungan itu sangat rapat,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan matanya ketika ini, Alina syukur kerana dia kini sudah boleh memandu untuk mencari rezeki.
“Alhamdulillah saya kini sudah boleh bawa kereta, tak ada masalah. Kalau saya nak pergi ‘busking’ pun tak ada masalah,” katanya.
Sepasang Mata Kena Katarak
Imbas kembali, Alina meluahkan rasa syukur apabila penyanyi lagu Kesetiaan itu sudi untuk menaja pembedahan mata kanannya akibat katarak, empat tahun lalu.
Menurut Alina, dia mengalami masalah terbabit pada kedua-dua bahagian mata bagaimanapun sudah melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI