Penyanyi Siti Sarah hari ini memaklumkan dia dan suami, Shuib telah disahkan positif Covid-19.
Turut sama dijangkiti wabak berkenaan ialah tiga anaknya, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Penyanyi lagu Manis itu memaklumkan hal berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini selepas berkongsi momen melakukan ujian saringan Covid-19 di kediaman mereka pada Isnin.
“Assalamualaikum semua. Kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ni. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positive covid. Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan blapang dada.
“Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari ni. Kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin insha Allah,” tulisnya.
Sarah pada masa sama turut menjelaskan urusan perniagaan tetap berjalan seperti biasa dengn diuruskan pekerjanya.
“Sarah nak jelaskan utk elak salah faham, urusan perniagaan & perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ni bagi pihak Sarah.
“And sarah & keluarga nak kekal positif & melihat ape yg tjadi ni sebagai satu hikmah. Doakan sarah & fmily segera sembuh ya. Terima kasih,” tulisnya.
Perkongsian penyanyi ini turut mendapat perhatian ramai dan masing-masing turut memberikan kata semangat dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Sementara itu, Shuib menerusi platform sama turut berkongsi hal berkaitan memaklumkan hal sama.
“Assalammualaikum semua, hasil swab test smlm, Kami sekeluarga didapati POSITIF COVID-19. InsyaAllah walaupon ujian ini agak berat buat kami sekeluarga, pasti dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.
“DOAKAN KAMI SEKELUARGA KEMBALI SIHAT TERUTAMANYA @sitisarahraissuddin YG MENGANDUNG 7 BULAN,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!