Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, penyanyi lagu Kesetiaan ini bersama dengan suaminya Shuib telah menghulurkan bantuan dan sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir di Pahang.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur misi bantuan tersebut selesai dengan jayanya.
“Alhamdulillah bantuan di Pahang selesai terima kasih kepada semua yg terlibat tanpa anda semua misi bantuan ini tidak berjaya alhamdulillah @shuibsepahtu @bubblebeemalaysia_hq,” tulisnya.
Hasil tinjauan MH, rata-rata peminat memuji sikap murni pasangan selebriti ini yang prihatin kepada masyarakat.
Sekadar informasi, Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Foto: Instagram Siti Sarah