Siti Terharu, Elly Mazlein Salur RM10,000 Untuk Palestin* …”Semoga Bertambah Murah Rezeki.”

Share

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menganjutkan Tabung Bantuan Khas Palestin melalui Nurjiwa Foundation bersyukur apabila ramai pihak termasuk rakan selebriti sudi menyumbang buat golongan sasaran yang memerlukan.

Menerusi perkongsiannya di Insta Stories hari ini, penyanyi Oda Bumi Ambia itu memuat naik tangkap layar mesej, menyatakan rasa terharu apabila rakan selebriti, Elly Mazlein turut sama menghulurkan sumbangan.

“Assalamualaikum TokTi no syatuuuuuu. Pom mom nak bagi sumbangan duit. Tapi tak banyak, 10k (RM10,000) untuk Palestine,” tulis Elly.

“Syukur alhamdulillah, terharu saya bila rakan artis @iamellymazlein sudi menyumbang untuk G*7*. Semoga bertambah murah rezeki Kak Iti doakan,” balas Siti.

Terdahulu, Siti menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan wakil pihak pengurus sekolah Afwa Al Afiyyah yang berada di Gaza telah menyampaikan sumbangan buat rakyat Palestin.

Siti yang meneruskan dana yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu itu antara lain menjelaskan, usahanya itu bukan mahu menunjuk-nunjuk namun berkongsi dana yang dapat dikumpul melalui yayasan yang diasaskannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Setakat 18 Oktober, difahamkan Nurjiwa Foundation telah menerima hampir RM500 ribu sumbangan daripada pelbagai pihak.

Sumbangan untuk bantuan khas Palestin ini juga boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH