Selepas satu perkongsian foto ‘wefie’ yang dimuat naik anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania pada pagi Ahad, madunya, Umisya Mazlan tampil memberikan respons.

Umisya menjelaskan, gambar yang dikongsi Marissa dirakamkan sebelum kisah mereka tular selain mereka sudah berdamai seterusnya menerima situasi berpoligami.

“Ramai yang DM Misya tanya tentang posting ni sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak tersakiti, Allahu.

“Gambar ini before viral, yang di mana masa ini Marissa dan Misya dah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ini dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai,” luahnya.

Perkara itu dijelaskan Umisya menerusi hantaran di Insta Stories.

Bagaimanapun, hubungan baik mereka mulai berubah sekilagus menyebabkan wujudnya sempadan kedua-dua belah pihak.

Ads

“Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Gambar Ni Ya. Tapi…,” – Umisya Jawab Balas Foto Dikongsi Marissa

“Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, segalanya berubah. Ada sedikit berbalah dan Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal masing-masing.

“Misya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi Misya tekankan pada kes yang modelling satu brand ni, untuk jagalah sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.

“Situasi kami sekarang tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam,” tulisnya lagi.

Ads

Umisya turut mendakwa tiada apa-apa perbincangan atau komunikasi antara mereka.

“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa. Lama kita tak contact. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.

“Misya balas dengan story jugalah explaination ni ya, sebab Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Tak ada contact atau perbincangan setakat ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu menerusi platform sama, Umisya ada meletakkan emoji sebelum memuat naik penjelasan berkenaan.

Ads

Malah dia juga berkongsi sepotong kata-kata berbahasa Inggeris.

“Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Gambar Ni Ya. Tapi…,” – Umisya Jawab Balas Foto Dikongsi Marissa “Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Gambar Ni Ya. Tapi…,” – Umisya Jawab Balas Foto Dikongsi Marissa

Terdahulu, Marissa mencuri tumpuan apabila berkongsi sekeping foto bersama Umisya pada Ahad dengan kapsyen; ‘Some assumption needs clarification right?’

“Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Gambar Ni Ya. Tapi…,” – Umisya Jawab Balas Foto Dikongsi Marissa

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI