“Skin Teruk Pakai Make Up Tebai, Lepaih Tu Jual Produk,” – Ada Pihak Tak Percaya Kredibiliti Produk, Faezah Elai Kongsi Wajah Polos

Share

Pelakon, Faezah Elai ada berkongsi keadaan terkini wajah polosnya tanpa mengenakan sebarang alat solek.

Menurut Faezah, perkongsian tersebut dibuat selepas dia berasa amat kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang pengusaha produk kecantikkan.

 “This photo was taken this morning masa baru bangun tidoq. So kalau nampak taik mata ampa buat relax sudah. Yang parut bawah hidung tu sebab jatuh tersembam kat pili bomba warna kuning tahun 1990 masa balik mengaji. Kena jahit berapa jarum entah. Tak ingat dah.

“Ni cheq tunjuk my real skin ni takdak apa pon, filter ka makeup ka bedak ka. The reason i share this photo is because i saw a comment about me yang cakap Faezah’s skin terok pakai makeup tebai, lepaihtu juai product. Haa ni tengakk sendiri,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Faezah memaklumkan parut yang terdapat pada wajah seseorang tidak akan pernah hilang tetapi ia boleh dirawat bagi tidak kelihatan ketara.

“Understand this please! Deep scars tak boleh hilang, TAK BOLEH HILANG! But boleh lighten up to 80% if consistent as u can see the scars is still there tp kurang sangat kalau nak compare dengan dulu.

“I tried lasers like 15 years ago. All type of skincare till I studied my own skin and scars then i came out with this microneedling which is the only thing that will help my scars dengan harga yang tak mahai kalau compare nak pi laser. Paham dak?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Faezah turut mendedahkan produknya itu bukan berlandaskan multi-level marketing dan dia juga tidak memerlukan stokis untuk memperluaskan lagi perniagaannya.

“I’ve been using @officialpurestbyfaezahelai for 7 years now and alhamdulillah this is the result.
Bukan cheq ja, ramai customer @officialpurestbyfaezahelai kulit dah elok macam cheq.

“I dont do MLM product sebab tu cheq takdak stockist. I create this to help you people yang struggle dengan masalah kulit macamcheq. So, selagi tak jumpa cheq depan-depa jangan buat cerita kartun,” akhirinya.

Sumber: Instagram Faezah Elai

Published by
Aizam Manaf