“Skrip Bukan Untuk Dihafal, Tapi Nak Faham Dialog Perlu Hafal,” – Berlakon Pun Macam Nak Jawab Exam, Ashraf Muslim Ingat Pesan Zaidi Omar

Share

Pelakon, Ashraf Muslim mengakui bukan satu perkara mudah untuk menjadi pelakon dan banyak perkara harus dipelajari untuk menjayakan sesuatu babak lakonan dengan baik.

Pada masa sama, pelakon berusia 39 tahun ini turut mengimbau titip pesanan yang pernah disampaikan oleh pelakon senior, Zaidi Omar buatnya.

“Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon dalam sebuah cerita. Macam nak jawab exam lah. Nak berjaya exam kena study, kena faham subject, buat latihan byk2 supaya tak buat mistake dlm exam, kena bersabar dan jgn kelam kabut serta bijak mengurus masa.

“Sama je dgn lakonan.. nk menjayakan sesuatu watak dalam setiap babak, kenalah faham dgn jalan cerita dan wataknya.

“Skrip bukan untuk dihafal, tapi nak faham dialog perlu hafal ” inilah kata-kata abg Zaidi Omar yg buatkan AM simpan sampai bila-bila,” tulisnya.

Sementara itu, bintang drama bersiri Dia Menantu Rahsia juga memberikan nasihat kepada generasi muda agar menduduki peperiksaan agar sentiasa tenang dan menguruskan masa dengan sebaik mungkin.

“Kepada adik2 yang akan menghadapi exam. Abang nak ucapkan selamat menjawab kertas exam dalam keadaan tenang, urus masa dgn baik dan insyaAllah, Allah akan sentiasa bersama adik2 semua. Good Luck!,” tulisnya lagi.

Ashraf atau nama lengkapnya Muhd Ashraf Muslim telah memulakan karier seni lakonan pada tahun 2006.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

 

 

Published by
Aizam Manaf