Dalam isu mendidik anak, pelbagai persepsi diberikan ramai hingga ada ketikanya, ia mengundang persepsi berbeza soal kaedah tepat, khasnya melibatkan hukuman rotan.
Berhubung hal tersebut, bintang media sosial, Farah Lee menerusi Instagram ada memberikan pendapat meski ada juga yang dilihat membantah.
Katanya, dia tidak merasakan rotan adalah cara terbaik untuk mendidik anak.
Ulas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, ibu bapa harus kembali kepada cara didikan dalam Islam.
“Rotan? Not okay. Semak kembali guideline mendidik anak dalam islam. Guideline menggunakan corporal punishment dalam islam.
“Islamic parenting is the core of all parenting methods theories semua2 yang kita baca mat salleh buat tu. Mendidik tak perlu memukul, tegas tak perlu mengherdik,” tulisnya.
Bekas isteri kepada Ally Iskandar ini juga menegaskan rotan hanya akan menimbulkan kesan kepada emosi dan fizikal.
Malah dia menyelar kenyataan sesetengah pihak yang gemar membandingkan pendekatan zaman dahulu.
“Hasil merotan mungkin nampak effective dalam masa terdekat, tapi kesan buruk pada emosi akibat menggunakan ‘physical punishment’ effect ke dalam dalam dalam.
“Jangan samakan dulu mak aku sebat aku jadi orang jugak, dulu ayah aku piat aku jadi orang jugak. Habis kalau orang dulu makan taik kita nak ikut makan taik jugak.?
“Allah suruh cari ilmu untuk improve living kan.? Cari, dan ubah.! Anak adalah AMANAH. Jadi ilmu keibubapaan adalah WAJIB dicari. Again, cari dan ubah.! #FLparenting,” ulasnya panjang lebar.
“Rasanya seperti hilang separuh badan. Seakan-akan lumpuh”
Itu luahan penyanyi dan pelakon, Noki saat pertama kali mengetahui tentang pemergian bapanya, Aji Lee Ahsam pada tanggal 9 Disember lalu.
Bagaimanapun, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan tetap menyifatkan pemergian bapanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
Menurut Noki, bapanya yang selama ini mengidap lumpuh separuh badan kini sudah boleh berehat di alam sana tanpa perlu menderita lagi.
“Saya tidak pernah kehilangan orang terdekat atau keluarga. Kali terakhir mungin nenek saya. Itu pun ketika masih kecil. Masa itu tak tahu apa-apa sangat.
“Kali ini, orang yang paling saya sayang pergi. Namun, saya bersyukur kerana segala urusan menguruskan jenazah dipermudahkan.
“Arwah bapa saya mengidap lumpuh separuh badan daripada pinggang hingga kaki. Dia memang duduk di atas katil sahaja. Makan, buang air dan ambil wudhu pun di situ. Saya bersyukur kerana penderitaan dia sudah berakhir,” katanya kepada MH.
Noki yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media Fiesto Fest Melaka 2022 yang diadakan di ibu kota pada Jumaat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Payung Pelangi ini turut mendedahkan bapanya itu seakan-akan mengetahui yang dirinya bakal meninggalkan keluar untuk selama-lamanya.
“Selama ini, bapa saya tak boleh potong kuku kakinya sendiri tetapi sebelum pergi, semuanya dipotong sendiri. Kemas dan cantik pula tu.
“Malah, dia juga sudah mandi dan buang segala hadas. Proses tersebut memudah urusan mandi jenazah. Dia seperti dah tahu.
“Apa yang membuatkan saya dan adik- beradik lain terkejut, bapa saya sempat menukar tarikh lahirnya di Facebook kepada tarikh dia meninggal,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, sebagai anak lelaki, dia akan berusaha mencari kekuatan demi memberi kesenangan buat keluarganya.
“Walaupun saya ini anak bongsu tetapi yang sedikit lebih berkemampuan adalah saya. Saya percaya, rezeki yang saya peroleh saat ini, bukan saya yang punya. Ia hanya asbab untuk saya bantu keluarga.
“Itu menguatkan saya sampai sekarang. Saya akan pegang nasihat arwah untuk sentiasa menjaga solat. Daripada solat, kita akan menghindar daripada perkara yang bukan-bukan.
“Meski saya belum sempurna, saya akan perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Noki bakal membuat persembahan bersama MK di Fiesto Fest Melaka yang akan diadakan bermula 29 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.
Festival selama empat hari ini sememangnya sarat dengan aktiviti bermanfaat seperti sukan, seni dan budaya serta expo jualan.
Malah, persembahan bunga api juga turut akan diadakan bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2023.
Selain Noki dan MK, antara selebriti tempatan yang turut akan membuat persembahan adalah seperti Asfan Shah, Azlan & The Typewriter, Kristal dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak pernah mengalah, akhirnya, impian penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana menjadi kenyataan apabila dapat merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir menerusi single berjudul Menyantun Kasih.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, penantian hampir lima tahun nyata berbaloi kerana perkara ini merupakan impiannya sejak kembali bergiat aktif sebagai penyanyi.
“Saya sebenarnya dah lama minta lagu dengan beliau. Sejak daripada tahun 2017. Dah berapa banyak kali saya keluar makan dan berbincang dengan Datuk M. Nasir. Barulah tahun ini beliau bersetuju.
“Mungkin Datuk M.Nasir juga nampak usaha saya yang tak pernah jemu mencuba mendapatkan lagu daripada beliau. Banyak kali juga saya turun naik pejabat Luncai Emas tu.
“Saya juga sebelum ini pernah berkerjasama dengan Luncai Emas. Mereka yang bertanggungjawab menjaga hak cipta bagi lagu Terus Mencintaimu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana turut mendedahkan proses merakamkan lagu ini sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi untuk memuaskan hati komposer yang turut sinonim dengan gelaran sifu itu.
“Jujur saya katakan. Bukan mudah untuk merakamkan lagu bersama Datuk M. Nasir. Dia siap tanya ‘Awak boleh ke menyanyi lagu saya? Awak kan penyanyi ‘lagu Leman’?’.
“Saya terus yakinkan yang saya boleh menyanyikan lagu beliau. Saya sedia nak ubah cara nyanyian saya demi Datuk M. Nasir. Nak puaskan hati beliau juga susah.
“Proses rakaman juga ambil masa selama empat bulan. Datuk M. Nasir merupakan seorang yang sangat teliti. Beliau banyak tegur mengenai vokal saya supaya dapat selari dengan susuhan penuh lagu,” kongsinya lagi.
Nana berkata sedemikian ketika ditemui pada perjumpaan santai bersama pihak media bersempena pelancaran lagu Menyantun Kasih baru-baru ini.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memaklumkan dia terpaksa memperlahan kejaya seninya buat sementara waktu bagi memberikan sepenuh tumpuan sewaktu merakamkan lagu ini.
“Disebabkan proses merakamkan lagu ini sangat-sangat mencabar, saya putuskan untuk mengurangkan jemputan nyanyian sama ada di luar atau televisyen.
“Saya betul-betul nak fokus ketika membawakan lagu ini. Malah, saya juga ada membuat sedikit research untuk menyanyikan lagu ini dengan lebih kreatif.
“Ini kali pertama saya menyanyikan lagu Datuk M. Nasir. Bila beliau sendiri yang sudi, saya ingin buat yang terbaik. Saya cabar diri untuk menyanyikan lagu daripada komposer lagenda,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, lagu Menyantun Kasih kini sudah tersedia disuluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!