Entri Instagram penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mendedahkan wajah anak keduanya menarik perhatian ramai.
Malah, isteri kepada Aliff Aziz itu turut mengumumkan nama ‘baby girl’ yang baru dilahirkan, Ara Adreanna.
Bayi comel itu dilahirkan pada 18 Julai lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan situasi semasa dunia yang berlaku.
Sedondon mengenakan baju rona hijau cair yang turut dirakam bersama anak pertamanya, Ayden Adrian, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju buat puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi terbabit.
“So precious and small. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna (mini me). Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah.
“P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot. Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, entri yang sudah mendapat tanda suka lebih 120,000 itu dibanjiri komen dari peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya memuji seri ibu serta anak yang baru saja lahir.
Malah, ada komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi dari Bella sendiri.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.
Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI