Sebagai rakyat Malayisa yang bertanggungjawab, pelakon Izreen Azminda telah mengambil dos pertama suntikan vaksin Covid-19 meski dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Difahamkan, usia kandungan Izreen sudah mencecah usia lebih 5 bulan.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Ahad.
Menerusi hantaran di Instagram, Izreen meluahkan rasa syukur kerana proses penerimaan vaksin tersebut berjalan dengan lancar.
“Syukur alhamdulillah kami telah divaksin so far okay takdak rasa sakit lgsg.. tetiba dah settle.. ke kulit kami yg tebai sgt sampai tak rasa jarum,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang 13 Jam Saya Perlu Pakai Alat Bantuan Pendengaran,” – Zee Avi
Penyanyi Zee Avi mendedahkan dia kini memilih untuk menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari selepas mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Zee, 37, atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, alat bantuan pendengaran itu yang digunakan sejak setahun lalu itu dipakai pada kedua belah telinganya.
“Kalau orang panggil pekak, ya, nak buat macam mana lagi kan. Tapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap. Apa yang saya alami adalah hilang pendengaran tapi untuk orang pekak mereka memang daripada lahir.
“Jadi, saya sebenarnya hilang pendengaran. Bila tak jaga kesihatan pendengaran macam itulah ceritanya. Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi.
“Sejak tahun lalu, saya perlu pakai alat ini di kedua belah telinga. Kalau tak buat sesuatu, ia akan menjadi makin teruk. Kalau saya tak guna alat ini, kita akan kuatkan lagi bunyi jadi ia akan jadi lebih teruk. Saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai,” katanya kepada MH.
Zee menambah, susulan situasi yang dialami sebelum ini, ia sekaligus menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi terutamanya dalam hal melibatkan kerja.
View this post on Instagram
A post shared by Global Hearing Care Centre MY (@globalhearingcarecentre)
“Apa yang seksa adalah bila ramai kawan yang bercakap lemah lembut, jadi bila nak suruh mereka kuatkan suara, saya yang rasa macam mereka sedang sakit. Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya.
“Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagitahu. Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagitahu mereka supaya kuatkan suara.
“Apabila tak dengar, kelantangan suara itu makin lama makin kuat. Pembesar suara ‘bluetooth’ pun kena letak berhampiran saya. Sekarang ini tak perlu guna dah. Kalau buat pembesar suara dekat telefon pun tak dengar. Tetapi sekarang dah makin baik dan mudah dengan alat ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Zee ditemui pada majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, pada Selasa.
Sementara itu, Zee yang popular menerusi lagu Kantoi tidak menafikan, sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju.
Sesi tersebut bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.
“GHCC juga menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex,” katanya.
Global Hearing Care Centre (GHCC) adalah klinik audiologi yang mempunyai enam cawangan di Semenanjung dan menawarkan perkhidmatan alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa serta konsultasi masalah pendengaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kehadiran Bakal Bayi Menyedarkan Diri…,” – Dr. Say Kongsi Perihal Ketagih dan Kehilangan Bayi Sahabat Baik
Saat detik menimang cahaya mata semakin hampir, doktor popular, Dr Say ada berkongsi perihal tabiat bermain permainan video membuatkannya terleka.
Malah dia juga sedar masa berlalu begitu pantas.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana dengan kehadiran orang baru dalam hidup, ia berjaya mengubah ketagih permainan video yang dialami.
“Syukur Alhamdulillah. Its quite hard to combat addiction. Time sy tak buat locum dlu, bile each time bini balik keje mesti dia tanya saya “apa yang u dah achieve arini”.
“Dan memang saya tak dapat nak jawab coz hari berlalu sgt laju when u r addicted to gaming. Kehadiran bakal baby ni menyedarkan diri saya akan tanggungjawab saya sebagai bakal dedi maka syukur Alhamdulillah atas pemberian-Nya.”
Turut berkongsi ketakutan yang dihadapi semua ibu bapa, doktor kacak ini turut mengucapkan takziah kepada sahabat yang baru sahaja kehilangan anak yang baru dilahirkan.
Status tersebut dimuat naiknya menerusi Insta Stories.
Ulasnya, apa yang berlaku membuatkannya dan isteri gusar dan menyedari bahawa Allah mampu mengambil nyawa sesiapa yang Dia mahu bila-bila masa.
“My best friend just lost his baby girl last Saturday. Greatest challenge that any parent can ever endured. Losing ur child on the same day that they were born. Frightened me and my wife on how easy Dia boleh mengambil kembali nyawa ciptaan-Nya. Stay strong, our prayers r with both of u,” kongsi Dr.Say.
Terdahulu, dia juga pernah berkongsi mengenai isterinya, Doktor Azura Abas yang pernah mengalami pendarahan pada pangkal rahim sewaktu hamil 27 minggu.
Apapun, MH doakan semoga dipermudahkan urusan Dr Say dan isteri.
Foto – Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hebat Dengar Cerita Misi Ini,” – Fizi Ali Turun Padang Agih Rezeki, Yayasan Ikhlas Sasar Bantu 25,000 Golongan Memerlukan
Hos dan penyampai radio, Fizi Ali berbesar hati apabila dapat bersama-sama menjayakan projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) yang diusahakan bagi membantu golongan anak yatim dan golongan asnaf di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan puasa.
Menurut Fizi, ia merupakan salah satu kerja amal yang telah diusahakan yayasan berkenaan sejak tahun 2014 dan masih diteruskan sehingga kini.
“Saya bersama Yayasan Ikhlas tahun ini dan sangat teruja kerana dapat sama-sama menolong golongan seperti anak yatim, keluarga asnaf yang menetap di PPR Sungai Besi untuk berbuka dan bersahur.
“Antara barangan yang turut diberikan antaranya set kelengkapan raya seperti baju Melayu, baju kurung, kuih raya selain duit raya RM100.
“Ada juga berikan pek iftar dan sahur serta kotak makanan mengandungi keperluan harian. Malah saya juga sempat kacau bubur lambuk dengan ‘team’ Yayasan Ikhlas seterusnya dibahagikan di surau berdekatan.
“Untuk makcik dan pakcik yang tidak berupaya, kita bersama ahli jemaah masjid turun padang menghantar bantuan terus ke rumah,” katanya.
Satu usaha murni yang perlu diteruskan, Fizi memuji objektif dan mengalu-ngalu semua pihak untuk sama-sama menghulurkan bantuan.
“Saya puji usaha Yayasan Ikhlas ini selain di sekitar semenanjung, mereka juga terbabit dengan misi bantuan di Sabah, Sarawak.
“Hebat dengar cerita misi mereka. Mana tahu boleh buat misi sama ke luar negara pula, Insya-Allah. Yang nak menderma dan menyumbang, silalah berbuat demikian. Tak dapat sumbang duit dengan tenaga pun boleh,” katanya lagi.
Dalam pada itu, seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit telah dibantu tahun lalu menerusi projek seumpamanya.
Menurut Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tahun lalu bantuan disalurkan merangkumi 146 buah tempat di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
Sementara bagi tahun ini, sudah 15,691 penerima sudah menerima manfaat itu dengan jumlah sasaran keseluruhan 25,000.
“Tahun ini kita teruskan bantuan termasuk di sekitar Lembah Klang. Malah khidmat penyampai radio Hot FM, Fizi Ali turut digunakan sebagai perantara memeriahkan projek ini dengan turun padang ke lokasi berkenaan.
“Tiga bantuan disalurkan termasuk pertama kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun dengan berat 400 gram, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.
“Kedua, pek Iftar dan Sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf. Ketiga, set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya.
“Siapa mampu menyangka dengan bantuan satu beg ini boleh memberi kegembiraan tak terkata kepada mereka. Mungkin bagi kita, ia nampak biasa dan remeh. Tetapi bagi yang menerima, ia amat berharga.
“Malah Fizi turut mengambil cakna meminta orang ramai menghulurkan sumbangan dan bantuan. Ke depan nanti ada lagi pembabitan selebriti dan pempengaruh melakukan projek seterusnya.
“Untuk menyumbang boleh layari laman web rasmi atau terus hulurkan sumbangan ke akaun bank YI (Maybank) 562834636228 di bawah rujukan kasihramadan23,” katanya lagi.
Dalam pada itu, sejak ditubuhkan pada 5 Mac 2009, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini terus berbakti meringankan kesusahan mereka yang memerlukan.
Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), yayasan ini sinonim membantu golongan anak yatim, orang kurang upaya (OKU), fakir dan mereka yang dilanda musibah serta malapetaka.
Malah di samping itu, yayasan yang berpaksikan empat teras iaitu komuniti, pendidikan, kesihatan dan pengurusan bencana ini turut menawarkan biasiswa atau insentif kepada individu mahupun berkumpulan bagi kerja pelajaran dan pendidikan di Malaysia.
Hingga kini sejak penubuhannya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Pengerusi YI berkata, seramai 385,904 orang dan 29 agensi kerajaan sudah menerima manfaat dan bantuan yang disalurkan.
“Mereka yang dibantu termasuklah pesakit COVID-19, anak yatim, masyarakat pedalaman berbilang kaum dan agama di semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.
“Tak lupa pesakit Cerebral Palsy, OKU, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, pelajar universiti, bekas atlet, bekas wartawan dan ramai lagi.
“Kita mahu terus berbakti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Malah misi kita mahu menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030,” katanya.
Terdahulu, pihaknya turut membantu meringankan beban mangsa banjir besar sebelum ini membabitkan sukarelawan seramai 604 orang.
Mereka termasuklah pempengaruh dan selebriti seperti Bell Ngasri, Farah Lee, Alif Teega, Aisyah Hijanah dan ikon Kementerian Belia dan Sukan, Muhammad Haziq Abd Rahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI