Berita

“So Ini Lah ‘Last Plan’ Dengan Si Ruhainies Tu Ya?,” – Perbualan Aliff Bersama NRF Didedahkan Didi Astillah

Share

Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil membuat pendedahan terbaharu membabitkan isu kontroversi yang melibatkan abang iparnya, Aliff Aziz.

Pendedahan tersebut dibuat Didi dipercayai susulan perkongsian yang dibuat Aliff menerusi satu sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis.

Menerusi hantaran di Instagram, Didi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai berlaku di antara Aliff dan NRF.

“So ini lah “last plan” dengan si Ruhainies tu ya? Podcast (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong lepas pakai cyber-trooper tak jalan).

“Dan inilah yang awak panggil ‘rocky marriage’ ?(korang check date). Rumah tangga diaorang elok sahaja.

“Untuk suami kakak saya yang bakal bergelar bekas suami, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R.

“Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru je abang kenal?” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Didi juga turut mendedahkan Aliff telah menukar kata laluan telefon bimbitnya selepas menjalani penggambaran bersama Ruhainies.

“So called princess treatment yang awak cakap awak bagi dekat kaklong, (that only last few months sampai lah shoot dengan si R habis password semua tukar)

“Untuk pengetahuan, kaklong saya dah bagi awak ‘prince treatment selama 10 tahun,” kongsinya lagi.

Terdahulu pada 9 Mac lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies dicekup selepas dipercayai berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu dan

disambung semula pada 4 Jun depan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

Published by
MH